CGS-CIMB Research jangka untung Scientex Packaging terkesan akibat krisis Rusia-Ukraine | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research jangka untung Scientex Packaging terkesan akibat krisis Rusia-Ukraine

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan margin keuntungan Scientex Packaging (Ayer Keroh) Berhad akan terkesan pada suku berikutnya akibat kenaikan kos bahan mentah dan perbelanjaan logistik pada bulan-bulan akan datang akibat krisis Rusia-Ukraine.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kesannya akan menjadi semakin buruk oleh peningkatan kebergantungan kumpulan itu terhadap eskport.

 

"Bagaimanapun, mereka akan meningkatan kapasiti tambahannya kerana ia dilihat akan membantu mengembangkan perolehannya bagi jangka panjang.

 

"Apabila gangguan rantaian bekalan selesai kumpulan ini akan kembali mencatatkan keuntungan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Scientex Packaging berjaya mencatatkan jualan tertinggi sepanjang masa bagi 2QFY2022 dengan pendapatan mereka melonjak 7.8% kepada RM194.5 juta berbanding 1QFY2022.

 

Margin kerugian pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan itu juga bertambah baik kepada 8.6% pada 2QFY2022 berbanding 9.3% pada 1QFY2022.

 

BACA JUGA: MIDF Research naikkan penarafan saham Scientex Packaging (Ayer Keroh) kepada 'beli'

 

"Kami melihat penambahbaikan margin EBITDA itu berpunca daripada tindakan kumpulan itu meningkatkan harga jualan mereka.

 

"Dengan peningkatan jumlah jualan dan margin yang besar,  keuntungan teras Scientex Packaging bagi 2QFY2022 meningkat sebanyak 19.4% dari suku ke suku," katanya.

 

Firma penyelidikan mengekalkan saranan 'tambah' untuk saham Scientex Packaging dengan harga sasaran (TP) RM3.32 berdasarkan kepada asas penilaian bagi CY2023F. - DagangNews.com