CGS-CIMB Research unjur Rider Gate beri sumbangan kepada Ramssol bermula 2024 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur Rider Gate beri sumbangan kepada Ramssol bermula 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Nov - CGS-CIMB Research menjangkakan platform Rider Gate mula memberi sumbangan kepada Ramssol Berhad bermula tahun hadapan.

 

Platform itu dunjur memberi sumbangan sebanyak 8.1% dan 13.8% kepada hasil FY24 dan FY25.

 

Firma penyelidikan itu percaya, pasaran motosikal terpakai Malaysia pada masa ini kurang mendapat perhatian kerana tidak mempunyai platform digital khusus.

 

Katanya, jualan motosikal terpakai dalam talian terutamanya dilakukan melalui pasaran dalam talian (seperti Mudah, Carousell, Facebook), yang menyediakan perlindungan pembeli yang minimum (contoh pemeriksaan kenderaan, pengesahan bahawa basikal tidak dicuri).

 

"Kami melihat potensi baik bagi usaha niaga ini dan menganggarkan ia boleh memberi hasil tambahan (di bawah segmen AutoTech) masing-masing sebanyak RM4.3 juta dan RM8.9 juta pada FY24 dan FY25," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Ramssol tubuhkan Rider Gate bagi perniagaan aplikasi, integrasi sistem maklumat

 

Terdahulu, kumpulan itu menubuhkan Rider Gate Sdn. Bhd. yang akan terlibat dalam perniagaan aplikasi, perdagangan elektronik, integrasi sistem maklumat.

 

Penubuhan anak syarikat baharu itu juga adalah bagi memudahkan pengembangan aktiviti perniagaan Ramssol dan anak-anak syarikatnya.

 

CGS-CIMB Research menyemal semula anggaran hasil FY24 hingga FY25F kepada 49.3% selepas mengambil kira sumbangan hasil tambahan daripada RiderGate dan kerjasama GoSaaS dari FY24 dan seterusnya.

 

Katanya, selepas mangambil kira faktor pelunasan kos pembangunan untuk Rider Gate (RM3.6 juta setahun dari FY24 dan seterusnya) sepanjang tempoh unjuran FY23-25.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi 40 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com