CGS-CIMB unjur prospek Lotte Chemical Titan kurang mencabar pada separuh kedua 2023 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur prospek Lotte Chemical Titan kurang mencabar pada separuh kedua 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Julai - CGS-CIMB Research mengunjurkan prospek Lotte Chemical Titan Berhad bagi separuh kedua tahun ini kurang mencabar berbanding sebelum ini.

 

Firma itu menjangkakan penyebaran Polyethylene (PE) dan Polypropylene (PP) yang lebih luas berbanding naphtha akan memanfaatkan kumpulan itu pada suku ketiga tahun ini kerana mereka boleh mendapat manfaat daripada penurunan harga naphtha pada suku kedua.

 

Katanya, Harga polimer dan  monoetilena glikol (MEG) juga mungkin mendapat manfaat daripada dorongan penambahan semula di China semasa suku ketiga 2023 ketika pengeluar dari negara itu bersiap sedia untuk berbelanja.

 

"Perundingan Analisis Pasaran Kimia (CMA) tidak optimis terhadap harga PE dan PP akan mendapat banyak manfaat disebabkan oleh kapasiti pengeluaran global yang berlebihan dan keadaan permintaan yang lemah secara keseluruhan.

 

"Dalam kata lain, ia menawarkan prospek yang lemah melainkan permintaan meningkat dengan cara yang meyakinkan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Kerugian bersih Lotte Chemical Titan meningkat kepada RM327.7 juta pada 2QFY23

 

Firma itu berkata, antara faktor yang lain yang menyebabkan kemerosotan kumpulan itu ada penggunaan berterusan kilang di Pengerang kerana pengeluaran awal dijual pada harga di bawah pasaram manakala keluaran berikutnya boleh meningkatkan persaingan dalam negara.

 

Pada masa sama katanya, ia akan menghakis premium harga domestik sejaran kumpulan berbanding harga di Asia Tenggara.

 

"Kumpulan itu berdepan beberapa risiko termasuk kelewatan dalam pentauliahan kapasiti petrokimia global baharu selain pemulihan permintaan pengguna yang lebih baik daripada jangkaan dalam separuh kedua tahun ini dan separuh pertama 2024.

 

"Keadaan itu mungkin membantu harga jualan petrokimia untuk pulih dan kelemahan kos bahan suapan yang tidak dijangka," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'kurang' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak RM1.00 sesaham. - DagangNews.com