Chuan Sin, pengeluar air mineral Cactus labur RM105 juta promosikan ikon pelancongan Perak | DagangNews Skip to main content

Chuan Sin, pengeluar air mineral Cactus labur RM105 juta promosikan ikon pelancongan Perak

Sze Yee (dua dari kiri), Nurmalis (tiga dari kiri) dan Chaw Teo (tiga dari kanan) selepas memeterai memorandum persefahaman mempromosikan ikon pelancongan negeri Perak.
Oleh Zaki Salleh

TAIPING 10 Jan - Kempen sambutan Tahun Melawat Perak 2024 terus mendapat kerjasama swasta apabila syarikat pengeluar minuman, Chuan Sin Sdn. Bhd. (CSSB) memeterai kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

 

CSSB yang mengilangkan air mineral dengan jenama Cactus menjalin kerjasama dengan Tourism Perak bagi membantu mempromosikan sambutan tersebut.

 

Menerusi kerjasama ini, CSSB akan melancarkan pembalut botol minuman ekslusif dengan memaparkan 11 ikon pelancongan negeri Perak melibatkan pelaburan berjumlah RM105 juta.

 

Antaranya Kellie’s Castle, Gua Tempurung, Stesen Keretapi Ipoh, Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Menara Condong Teluk Intan dan Pulau Giam di Pulau Pangkor.


 

iktisad
Taman Tasik atau Lake Garden adalah antara lokasi wajib dikunjungi di Taiping.

 


Turut ditampilkan ialah Royal Belum, Kapal Korek Tanjung Tualang, White Water Rafting Gopeng, Zoo Taiping dan Spritzer EcoPark.

 

Kesemuanya sebanyak 7 tan karton botol minuman akan dikeluarkan katon dalam tempoh setahun.

 

Kerjasama pintar ini dapat mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Perak memandangkan CSSB merupakan pengeluar air mineral yang terbesar di Malaysia.

 

Bermula pada tahun 1989 di Taiping, ia mempunyai kawasan seluas 400 ekar dengan dikelilingi oleh hutan semuladi. 

 

Selain itu, operasi membotolkan air minuman di kilang ini menggunakan mesin moden sepenuhnya selain mematuhi standard antarabangsa.

 

Kempen

 

Terdahulu, majlis memeterai kerjasama ini telah dimeterai antara Tourism Perak yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurmalis Musa dan CSSB dengan Pengarah CSSB, Dr Chuah Chaw Teo.

 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee.

 

Selain itu, pihak CSSB juga telah menyumbang sebanyak 146 papan tanda kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk mempromosikan destinasi pelancongan di sekitar Taiping. - DagangNews.com