KUALA LUMPUR 25 Nov - Sarawak Plantation Bhd dijangka untuk menyaksikan prestasi kewangan yang lebih kukuh pada suku keempat 2024 dipacu oleh kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) dan kecekapan operasi, kata penganalisis.
Public Investment Bank (PublicInvest) berkata, Sarawak Plantation (SPB) mencatat pendapatan 9MFY24 sebanyak RM47.3 juta , mewakili anggaran tahunan dan konsensus firma masing-masing sebanyak 60% and 68%.
Walaubagaimanapun, firma penyelidikan itu menjangkakan SPB mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi menjelang suku akhir tahun ini didorong oleh pengukuhan harga MSM.
BIMB Securities berkongsi pandangan optimistik yang sama terhadap prospek SPB, memetik bukan sahaja harga MSM yang lebih kukuh tetapi juga peningkatan pengeluaran dan kos pengeluaran unit yang stabil.
BIMB meramalkan pengeluaran SPB berkembang 7% tahun ke tahun (YoY) pada FY24 dan 10% pada FY25.
Firma penyelidikan itu menaikkan unjuran pendapatan FY24 sehingga FY25 SPB kepada 40%, berdasarkan semakan naik harga MSM kepada RM4,100 setiap tan, unjuran margin yang lebih tinggi dan pelarasan operasi.
Penganalisis juga berkata, pembayaran dividen yang menarik, dengan dividen interim kedua sesaham (DPS) yang diisytiharkan sebanyak 15 sen, mewakili hasil 8.6%, yang menjadikan jumlah DPS FY24 kepada 24 sen.
Berikutan kemas kini ini, BIMB menaik taraf saranan SPB kepada 'beli' dengan harga sasaran (TP) disemak semula RM2.83, meningkat daripada RM2.16 sebelumnya.
PublicInvest pula mengekalkan 'outperform' terhadap SPB dengan TP tidak berubah pada RM2.94.
Walaupun kenaikan gaji minimum kekal sebagai cabaran bagi sektor perladangan, penganalisis menjangkakan SPB dapat mengurangkan kesan ini melalui kecekapan operasi yang berterusan. - DagangNews.com