CIMB terus melabur dalam teknologi, kukuhkan daya tahan operasi bagi memenuhi keperluan pelanggan | DagangNews Skip to main content

CIMB terus melabur dalam teknologi, kukuhkan daya tahan operasi bagi memenuhi keperluan pelanggan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Ogos - CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad komited untuk terus melabur dalam teknologi, sistem dan proses bagi mengukuhkan daya tahan operasi serta memastikan infrastrukturnya dapat memenuhi keperluan pelanggan pada setiap masa.

 

Langkah itu akan diambil selepas kumpulan itu dikenakan penalti kewangan pentadbiran (AMP) daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kerana perkhidmatan melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Terminal Kredit dan Layan Diri tergendala pada 8 dan 9 April 2024.

 

CIMB didenda RM760,000, pada 29 Julai dan membayarnya pada 12 Ogos 2024.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7403263665723411719.jpg?itok=fFUdePT_","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7403263665723411719?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengukuhkan langkah pembetulan dan pencegahannya bagi menangani gangguan perkhidmatan tepat pada masanya termasuk pengawasan yang mencukupi terhadap pihak ketiganya, sambil memastikan rancangan kesinambungan perniagaan dapat dimulakan serta-merta semasa masa kritikal.

 

"Kami menerima keputusan tersebut dan menyesali kerana berlakunya gangguan kepada sistem kritikal yang memberi kesan kepada pelanggan an rakan niaga yang sedang menjalankan urus niaga perbankan mereka ketika itu.

 

"Walaupun kami bersama pihak ketiga mengambil langkah perlu dalam memastikan tempoh henti masa dapat diminimumkan, insiden itu menjejaskan urus niaga perbankan dan kami akui bahawa perlu berusaha untuk melakukan yang lebih baik," katanya.

 

CIMB akan mengutamakan tanggungjawabnya kepada pelanggan dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

 

"Kami akan terus mengukuhkan daya tahan kami dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak berkepentingan," katanya. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/esDqF0cu19k.jpg?itok=Va2f54-i","video_url":"https://youtu.be/esDqF0cu19k","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}