KUALA LUMPUR 29 Ogos - Coca-Cola® Creations memperkenalkan satu adunan semula bagi perisa edisi terhadnya yang terbaru, iaitu hasil kolaborasi bersama Marshmello, seorang artis yang telah dicalonkan bagi Anugerah Grammy.
Ini merupakan kali pertama jenama Coca-Cola menghasilkan minuman dengan kerjasama seorang artis. Coca-Cola® Edisi Terhad Marshmello memberikan rasa kenikmatan seumpama irama muzik Marshmello yang sedang rancak berada di tangga teratas dalam carta muzik kini.
Marshmello berkata, ia adalah satu kolaborasi hebat bersama Coca-Cola® untuk menghasilkan satu minuman edisi terhad bersama-sama.
“Kita telah menghasilkan campuran perisa kegemaran saya di dalam minuman terbaru ini. Rasanya sedap dan saya berharap peminat akan turut menyukainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Coca-Cola® Edisi Terhad Marshmello adalah minuman yang menyegarkan hasil campuran perisa kegemaran artis itu iaitu strawberi dan tembikai, yang dicampurkan dengan rasa hebat Coca-Cola®.
Pengarah Pemasaran untuk Cap Dagangan Coca-Cola, Unit Operasi Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan, Teejae Sonza pula berkata, muzik seperti juga Coca-Cola™ mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghubungkan komuniti dan membuka peluang untuk berkongsi pengalaman.
“Untuk minuman Coca-Cola Creations kedua yang dihasilkan bagi ASEAN dan Pasifik Selatan ini, kami ingin mewujudkan campuran rasa yang tidak terduga kepada rasa hebat Coca-Cola, dan Marshmello merupakan pilihan terbaik untuk tujuan itu.
"Ia adalah sesuatu yang sangat menarik bagi jenama kami untuk memperkenalkan Coca-Cola® Edisi Terhad Marshmello dan menjemput para peminat untuk menyelami dunia Mello," katanya.
Terkenal dengan semangat untuk mewujudkan impak positif terhadap budaya melalui muziknya, kolaborasi Marshmello dengan Coca-Cola® mengajak para peminat untuk mengalami dengan sendiri ‘Melloverse’ atau dunia Marshmello.
Peminat boleh mengimbas kod QR yang terdapat di tin Coca Cola Creations untuk melayari ke hab www.coca-cola.com/creations, yang mana para pengunjung maya dapat menikmati beberapa pengalaman digital berbeza.
Coca-Cola® Edisi Terhad Marshmello juga boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai runcit dan platform e-dagang dalam versi Zero Sugar, iaitu tanpa gula.
Tin koleksi berbentuk langsing dengan imej hitam putih mengetengahkan ciri-ciri estetik artis, termasuk skrip tulisan Spencerian yang menggabungkan kedua-dua jenama ini bagi menghasilkan satu perasaan yang mengasyikkan dan memuaskan. Coca-Cola® telah bekerjasama dengan Forpeople untuk menghasilkan reka bentuk tin ini. - DagangNews.com