COO PLUS dilantik sebagai Presiden PSKLM bagi penggal 2022 hingga 2024 | DagangNews Skip to main content

COO PLUS dilantik sebagai Presiden PSKLM bagi penggal 2022 hingga 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) yang baharu bagi penggal 2022 hingga 2024.

 

Pada Mesyuarat Agung PKSLM ke-11 itu juga, mereka turut memilih Pengurus Besar (Operasi Lebuhraya) dari Kumpulan Prolintas, Azmee Nin sebagai Timbalan Presiden PSKLM manakala COO Bahagian Toll, IJM Corporation Berhad, Wan Salwani Wan Yusoff dilantik sebagai Setiausaha persatuan itu.

 

PSKLM telah didaftarkan pada 9 Februari 2011 dengan matlamat sebagai salah satu platform bagi menangani isu-isu penting berkaitan operasi lebuh raya di Malaysia.

 

Persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai salah satu platform bagi menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan operasi lebuh raya di Malaysia. 

 

Ia juga menjadi medium perantaraan bagi persatuan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh pengguna bersama pihak berkepentingan seperti kadar tol, operasi, penyelenggaraan lebuh raya serta pelbagai isu berkaitan. - DagangNews.com