COVID-19: Menteri Luar tangguh lawatan rasmi ke Mesir, Kuwait & Qatar | DagangNews Skip to main content

COVID-19: Menteri Luar tangguh lawatan rasmi ke Mesir, Kuwait & Qatar

 

PUTRAJAYA 6 Jun - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menangguhkan lawatan kerja rasmi ke Mesir. Kuwait dan Qatar bagi menjalani kuarantin wajib setelah dikategorikan mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19.

 

Menurut Wisma Putra, walaupun Hishammudin sudah menjalani dua ujian PCR yang mendapati beliau negatif, namun Menteri Luar itu akan mematuhi garis panduan SOP Kementerian Kesihatan supaya melakukan kuarantin wajib dan pengasingan diri.

 

"Berikutan ini, kehadiran beliau ke Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China pada 7 Jun ini, akan diwakili timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar sebagai ketua delegaasi.

 

"Menteri Luar juga menangguhkan lawatan rasminya ke Mesir, Kuwait dan Qatar, dan akan menetapkan tarikh lain menerusi persetujuan dengan kerajaan negara-negara tersebut," kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini. - DagangNews.com