Datuk Seri Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif P2P Moovby | DagangNews Skip to main content

Datuk Seri Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif P2P Moovby

Datuk Seri Syed Zainal Abidin

KUALA LUMPUR 27 Julai - Susulan peletakan jawatan sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekitif pada 10 Jun lalu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif bagi platform peer-to-peer car-sharing (P2P), Moovby.

Jelas beliau, bidang keusahawanan merupakan minatnya sejak sekian lama meskipun kerjaya dirinya dibina dalam industri automotif.

"Moovby adalah salah satu perniagaan tempatan yang muncul dan mengubah acuan perniagaan. Keberanian untuk mengubah ekonomi perkongsian dalam mempelopori perkongsian kereta P2P mempamerkan inovasi dan kesiapsiagaan mereka dalam menawarkan penyelesaian.

"Saya amat yakin dengan wawasan Moovby untuk menangani cabaran mobiliti bandar. Oleh kerana kejayaan Nik (Muhammad Amin) hingga kini menjadi buah mulut ekosistem starup tempatan. Saya optimis dengan kemajuan yang bakal dikecapi Moovby di bawah pasukan pengurusan sekarang," jelasnya dalam satu kenyataan.

MOOVBY
MOOVBY

 

Platform perkongsian kereta P2P itu ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Esekutifnya, Nik Muhammad Amin Nik Muhammad Kamal bagi menghubungkan pemilik yang tidak menggunakan keretanya dengan mereka yang memerlukan kereta.

Bagi  Moovby, pelantikan Syed Zainal Abidin dibuat tepat masanya ketika platform car-sharing ini terus mengorak langkah dengan meluas di rantau Asia Tenggara.

Pada 2019, syarikat tersebut telah bertapak di beberapa bandar Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Bali dengan jumlah 3,000 buah kereta.

Operasinya terus berkembang hingga ke Depok, Bogor, Tangerang, Bekasi, Semarang dan Surabaya sekali gus merancang untuk meluaskan sayap operasinya ke Yogyakarta, Kalimantan, Sulawesi dan Lombok dengan armada 20,000 buah kenderaan.

Sementara itu, Nik Muhammad Amin menjelaskan, penyertaan Syed Zainal Abidin ke dalam Moovby adalah amat dialu-alukan ekoran kepakaran beliau yang meluas dalam sektor automotif.

Nik Muhammad Amin Nik Muhammad Kamal
NIK Muhammad Amin Nik Muhammad Kamal 

 

"Kami teruja dan rendah hati diberikan peluang untuk mendapatkan bimbingan Datuk Seri (Syed Zainal Abidin) dalam memajukan syarikat ini. Kami telah mengikuti secara dekat perjalanan kerjaya beliau daripada Petronas hingga ke Proton dan kembali semula ke Petronas.

"Nama beliau amat terkenal dalam industri automotif. Melihat kepada pertumbuhan mengagumkan syarikat di bawah kepimpinannya sebelum ini, pengalaman beliau akan menjadi aset yang berharga untuk mengorak kejayaan Moovby di Malaysia dan Asia Tenggara," jelasnya. - DagangNews.com