Didenda Bank Negara RM4.3 juta: Maybank komited patuhi peraturan | DagangNews Skip to main content

Didenda Bank Negara RM4.3 juta: Maybank komited patuhi peraturan

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kumpulan perbankan Maybank menyatakan komitmen untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan komunikasi, serta mematuhi semua peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan masa operasi perkhidmatannya.

 

“Langkah-langkah dalaman untuk pengukuhan dan pemantauan sistem sudah dilakukan  untuk mencapai prestasi optimum.

 

“Kami amat menghargai sokongan berterusan pelanggan, kesabaran dan kefahaman pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: BNM denda Maybank RM4.3 juta, CIMB RM760,000 akibat perkhidmatan e-perbankan tergendala

 

Kenyataan ini dikeluarkan susulan tindakan Penalti Monetari Pentadbiran sebanyak RM4.3 juta terhadap Maybank berikutan ketidakpatuhan pada perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dibaca bersama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi. - DagangNews.com