Dr. Radzi adakan lawatan sekolah-sekolah di Johor | DagangNews Skip to main content

Dr. Radzi adakan lawatan sekolah-sekolah di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Feb - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin akan berada di Johor untuk melawat sekolah-sekolah di beberapa daerah, bermula esok.

 

Dr. Radzi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini turut menjemput guru-guru di sekitar Johor Bahru menyertai sesi sembang santai sekitar jam 3.30 petang, Jumaat ini.

 

"Sesi sembang santai itu bagi berkongsi idea serta bertukar pandangan berkaitan hal pendidikan negara. 

 

"InsyaAllah, saya juga akan singgah bertemu guru-guru di Muar bagi sesi yang sama pada hari Ahad ini, jam 3.30 petang.

 

"Kepada cikgu-cikgu di sekitar Johor Bahru dan Muar yang ingin turut serta, bolehlah mengisi butiran kehadiran melalui link http://tiny.cc/minumpetangDRJJBMuar," katanya.

 

Katanya, guru yang terawal mengemukakan maklum balas (kehadiran) akan dihubungi. 

 

"Jumpa di Johor, cikgu!," katanya. - DagangNews.com