Dreamshop.com.my tawar pelan ansuran tanpa faedah terpanjang di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Dreamshop.com.my tawar pelan ansuran tanpa faedah terpanjang di Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai - Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk baru-baru ini memperkenalkan pelan ansuran 0% tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan kerjasama 10 bank dengan objektif menawarkan sokongan dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.

 

Syarikat ini merupakan platform e-dagang pelan ansuran tanpa faedah terpanjang dengan penglibatan jumlah bank terbanyak di Malaysia.

 

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my berkata, pihaknya sedar pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai cabaran termasuklah bebanan kewangan.

 

"Sebagai sebuah platform e-dagang yang memahami kengkangan dan kerisauan pelanggan, kami berusaha keras untuk bekerjasama dengan sebanyak bank yang boleh bagi menawarkan pelan pembayaran mudah 0% untuk semua pelanggan kami.

 

"Ini dengan harapan membolehkan mereka untuk terus menjadikan setiap pembelian impian mereka menjadi kenyataan dengan membahagikan pembayaran kepada jumlah terkawal yang lebih kecil, " katanya dalam kenyataan di sini.

 

Sepuluh bank yang menawarkan pelan ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my adalah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

 

Berikut adalah senarai bank dan rakan kongsi Dreamshop yang kini menawarkan promosi dan potongan harga khas:

 

dreamshop

 

Selain itu, mulai bulan Julai, Dreamshop.com.my menganjurkan kempen nasional - 'WIN A SONY PS5 WITH DREAMSHOP' di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang SONY PS5 idaman ramai bernilai RM2,299 dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit.

 

Pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kerana tiada had yang ditetapkan untuk jumlah penyertaan.

 

Peraduan ini bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Ogos 2021, dengan SATU pemenang diumumkan untuk setiap bulan. Pemenang akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Dreamshop pada bulan Ogos dan September 2021.

 

Layari Dreamshop di www.dreamshop.com.my atau ikuti laman Facebook www.facebook.com/dreamshop.com.my/ dan akaun Instagram www.instagram.com/dreamshop.com.my/?hl=en untuk lebih banyak perkembangan menarik, peraduan dan promosi. - DagangNews.com