Dua pengarah BHIC letak jawatan berkuat kuasa hari ini | DagangNews Skip to main content

Dua pengarah BHIC letak jawatan berkuat kuasa hari ini

Datuk Norliza Abdul Rahim (kiri) dan Datuk Nasarruddin M Zin.

KUALA LUMPUR 16 Jan - Boustead Heavy Industries Corp. Bhd. (BHIC) mengumumkan dua pengarahnya, Datuk Norliza Abdul Rahim dan Datuk Nasarruddin M Zin telah meletakkan jawatan berkuat kuasa  hari ini. 

 

Kedua-dua pengarah ini meletakkan jawatan bagi meneruskan kepentingan lain, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Norliza, 54, menyertai lembaga pengarah kumpulan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif pada 1 September 2020 manakala Nasaruddin, 60, pada 27 Januari 2022.

 

Pada November lalu, BHIC mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarahnya, selepas dua tahun berkhidmat sebagai pengarah urusan kumpulan syarikat induk, Boustead Holdings Bhd.

 

BHIC terlibat dalam kontroversi ekoran kegagalan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion. 

 

Daripada enam kapal yang ditempah, tidak ada satu pun yang dihantar, walaupun kerajaan telah memberi suntikan RM6 bilion terhadap projek berkenaan. - DagangNews.com