KUALA LUMPUR 16 Mac - Jenama donut terkenal, Dunkin' memperluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan ke-100 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.
Pembukaan penting ini juga menandakan satu detik bersejarah kerana kafe gaya hidup seluas 1,800 kaki persegi itu bakal menjadi cawangan Dunkin' terbesar di Malaysia, yang menawarkan juadah lazat dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Perkembangan terkini ini adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula global Dunkin’ yang bermula pada 2018 dengan tumpuan berpandukan kopi, berasaskan minat yang semakin bertambah terhadap minuman tersebut di Malaysia, dengan peningkatan empat kali ganda sejak proses penjenamaan semula bermula.
Sehubungan itu, jenama antarabangsa ini telah merangka hala tuju baharu, dengan menu yang berasaskan minuman, terutamanya kopi dengan membawakan produk yang inovatif seperti kopi berasaskan espresso serta minuman tanpa kafein seperti Fruity Frosty of Mango dan Strawberry Slushy.
Pengarah Urusan Golden Donuts Sdn Bhd, Peter Yu berkata, pembukaan cawangan terbaharu ini di KKIA menandakan mercu jaya terbesar bagi Dunkin' sejak melaksanakan penjenamaan semula pada 2019, yang telah diperluaskan kepada lebih banyak cawangan di seluruh negara.
"Inisiatif ini ialah lanjutan daripada hala tuju baharu kami yang memberi tumpuan terhadap kopi, lantas mencetus transformasi yang membabitkan pendekatan gaya kafe yang mesra dan selesa sambil mengetengahkan budaya kopi Dunkin' serta tawaran espresso adunan tersendiri baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Walaupun tumpuan diberikan kepada kopi pada masa depan, Dunkin’ juga tetap mengekalkan donutnya yang terkenal dan sentiasa diminati sebagai nadi dan teras warisan jenama tersebut.
Justeru, para peminat Dunkin' boleh menantikan pilihan donut baharu yang menyegarkan sempena Ramadan dan Hari Raya, termasuk Kurma Choco-cake, Ketupat dan Bintang Ceria yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Ramadhan Raya Bersama Dunkin’.
Sempena dengan pembukaan cawangan baharu di KKIA, Dunkin’ akan menyediakan tawaran yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menikmati pilihan kopi istimewa Dunkin’.
Pelanggan boleh mencuba tawaran Kopi Pagi Istimewa seperti kopi panas atau ais, Americano atau Latte pada separuh harga biasa dari waktu kedai dibuka sehingga pukul 11:59 pagi.
Selain itu, pelanggan boleh memulihkan tenaga menerusi tawaran istimewa Espresso adunan tersendiri, termasuk Iced Caramel Macchiato, Iced Mocha Latte dan Iced Salted Caramel Latte pada harga hanya RM10 bagi setiap cawan saiz sederhana dari 1 petang hingga 7 malam.
Kedua-dua tawaran sah dari 16 hingga 20 Mac 2023 di semua cawangan Dunkin’ di Malaysia, termasuk cawangan baharu di KKIA (kecuali cawangan Dunkin’ di lapangan terbang lain dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya). - DagangNews.com