eBelia : Pengguna BigPay boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun | DagangNews Skip to main content

eBelia : Pengguna BigPay boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun

 

 

KUALA LUMPUR 21 Mei - Mulai 1 Jun ini, warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar boleh menuntut RM150 terus daripada aplikasi BigPay.

 

BigPay telah dipilih oleh kerajaan sebagai salah satu saluran rasmi untuk tuntutan kredit bagi inisiatif eBelia.

 

Menjelang pelancaran rasmi, para pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun BigPay yang mudah dan mendapatkan kad mereka secepat mungkin supaya dapat membuat tuntutan ini. 

 

Pengguna baharu juga dapat menikmati bonus RM20 percuma semasa pendaftaran menggunakan kod promosi  PCEBELIABP.

 

 

bigpay

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Salim Dhanani berkata, program ini akan mendorong belia di Malaysia untuk menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital.

 

“Generasi Z mencari pengalaman yang lebih intuitif berkaitan dengan keperluan kewangan mereka yang diintegrasikan dengan teknologi yang telus dan diperibadikan. 

 

"Mereka juga ingin menabung dan merancang masa depan hanya di hujung jari. Ciri-ciri aplikasi BigPay - daripada penjejakan perbelanjaan bersepadu, pecahan bil hingga insurans mikro, membolehkan pengguna mengawal kewangan mereka dan memupuk pengurusan kewangan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kad BigPay juga boleh digunakan di lebih daripada 800,000 lokasi di Malaysia, sama ada di luar talian secara fizikal atau dalam talian melalui e-dagang. 

 

Pendaftarannya juga amat mudah dan semuanya dilakukan secara digital melalui aplikasi BigPay dengan teknologi eKYC (Know-Your-Customer) untuk mengakses semua ciri-ciri yang tersedia.

 

Selain kredit bernilai RM150 dan kod promosi istimewa yang dinyatakan, BigPay juga bakal memberikan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna eBelia. - DagangNews.com