Eco World dijangka mampu pertahan margin operasi disebalik peningkatan kos pembinaan | DagangNews Skip to main content

Eco World dijangka mampu pertahan margin operasi disebalik peningkatan kos pembinaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kenanga Research menjangkakan Eco World Development Group mampu mempertahankan margin operasi dengan baik walaupun berdepan kenaikan kos pembinaan dalam pasaran semasa berdasarkan kepada inovasi produk serta perbelanjaan pemasaran terkawal.

 

Firma itu berkata, berdasarkan kepada situasi pasaran semasa, mereka menjangkakan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan memberi kesan kepada hasil jualan kumpulan.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu memberi gambaran bahawa mereka berjaya menguruskan masalah kekurangan tenaga kerja dan kemajuan di tapak pembinaan berjalan lancar.

 

"Berdasarkan kepada kunci kira-kira, penggearan bersihnya kumpulan bertambah baik untuk suku ke-14 berturut-turut dan kini berada pada 0.36x (hutang bersih RM1.7b). 

 

"Tahap tunai yang diurus dengan baik bagi memastikan sasaran dividen kami adalah mampan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: EcoWorld International dijangka capai sasaran jualan RM2 bilion, setelah raih 57% dalam 7 bulan

 

Terdahulu, untung teras bersaih kumpulan itu bagi 1HFY22 adalah sebanyak RM109 juta selaras dengan jangkaan kami.

 

Jualan sebanyak RM2.17 bilion bagi 7MFY22 juga dilihat selepas mengambil kira kenaikan kadar faedah dan ia secara tidak langsung memperlahankan momentum jualan untuk tahun ini.

 

Firma itu berkata, untung teras bersih untuk 2QFY22 adalah RM45,7 juta 28% lebih rendah berbanding suku ke suku akibat kerugian yang lebih besar bagi syarikat kerjasama Eco World International.

 

Katanya, Eco World International mengalami kemerosotan pada suku tersebut apabila mereka menurunkan harga jualan bagi beberapa produk Ballymore, London.

 

"Kami menyemak naik penarafan kumpulan itu kepada 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM0.83," katanya. - DagangNews.com