KUALA LUMPUR 1 Mac – Malaysia boleh mencontohi negara lain seperti Singapura dalam usaha membina lebih banyak rumah mampu milik untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Felo Kanan, Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun.
Katanya, kekurangan perumahan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, bukan fenomena baru.
“Ia telah menjadi fenomena lama dan ia sepatutnya ditangani, diselesaikan sejak dahulu lagi,’’ katanya kepada DagangNews.com hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perumahan mampu milik.
Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa kerajaan komited menyediakan rumah mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia termasuk warga berpendapatan sederhana rendah (M40).
Ramai yang masih belum memiliki rumah, tetapi kita dapat lihat kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan rakyat memiliki rumah.
Pelbagai program dan insentif telah disediakan bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk membeli rumah sendiri.
Salah satunya adalah agenda kerajaan Malaysia di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang menyasarkan pembinaan 500,000 rumah mampu milik di seluruh negara termasuk membantu golongan B40 dan M40.
Dr Oh berkata, persoalan kedua ialah ia bukan sekadar menurunkan harga rumah dan sebagainya.
“Saya fikir Idea sepatutnya ialah orang ramai mempunyai tempat tinggal daripada semestinya memiliki rumah atau rumah mereka.
“Maksud saya walaupun mereka menyewa... ada perdebatan sekarang, sebagai contoh.. sama ada seseorang itu harus memiliki rumah atau sama ada harus menyewa rumah.
Katanya, haruskah seseorang itu memiliki rumah atau tidak mengapa jika sekadar menyewanya sahaja.
Sebagai contoh, Oh berkata, sebagai contoh jika anda menyediakan rumah mampu milik kepada orang ramai, orang itu mungkin memiliki Unit PRT.
“Tetapi pada satu ketika mereka mungkin ingin beralih ke perumahan lain tetapi mereka mungkin tidak mampu membeli perumahan tersebut. Jadi bagaimana anda membolehkan orang ramai membuat peralihan seperti itu?
Katanya, maka ini ada kemungkinan kerajaan perlu memikirkan tentang menaik taraf PPR sedia ada.
Pada masa yang sama, katanya, harus juga difikirkan kemudahan pembiayaan samada orang ramai boleh meminjam wang untuk membeli rumah mereka dan sebagainya.
Oleh itu, beliau menyaran agar kerajaan mengadakan kajian yang menyeluruh melihat contoh negara lain seperti Singapura yang mempunyai program perumahan yang dikendalikan oleh Lembaga Perumahan & Pembangunan (Housing & Development Board (HDB) Singapura.
Oh berkata, HDB sangat berjaya dengan soal pemilikan rumah di mana separuh daripada penduduk Singapura yang bekerja nampaknya mereka berada di beberapa jenis perumahan, jadi bagaimana Singapura melakukannya, bolehkah kita mencontohinya?
“Sudah tentu kita akan menyesuaikannya dengan keadaan kita sendiri. Maksud saya menyesuaikan diri dengan keadaan kita sendiri dan seterusnya.
“Hanya belajar daripada contoh ini Singapura adalah satu yang bagus. Saya pasti ada beberapa contoh lain untuk melihat bagaimana orang lain melakukannya dan melihat sama ada kita boleh menirunya dan bukannya hanya mempunyai matlamat dan melakukannya dengan cara yang agak eksperimen,’’ ujarnya.
Tegas Oh lagi, lebih baik belajar daripada kejayaan ini contohnya amalan terbaik di luar negara. – DagangNews.com