Eksport Malaysia melonjak 20.7% kepada RM127.5 bilion pada April 2022 | DagangNews Skip to main content

Eksport Malaysia melonjak 20.7% kepada RM127.5 bilion pada April 2022

KUALA LUMPUR 27 Mei - Eksport Malaysia meningkat 20.7% pada April 2022 kepada RM127.5 bilion berbanding bulan sama tahun lalu manakala jumlah import meningkat 22%  kepada RM103.9 bilion.

 

Secara keseluruhan, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, jumlah dagangan Malaysia pada April 2022 meningkat 21.3% kepada RM231.4 bilion.

 

Bagi April 2022, eksport pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih meningkat 18.5% tahun ke tahun kepada RM499.9 juta.

 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih bernilai RM272.7 juta (54.5%), Selangor (RM104.3 juta, 20.9%) dan Perlis (RM41.0 juta, 8.2%).

 

"Eksport pada April 2022 meningkat sebanyak RM21.9 bilion (20.7%) berbanding bulan sama tahun sebelumnya manakala import juga meningkat RM18.7 billion (22.0%) pada April 2022 berbanding bulan sama 2021," katanya dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Pada April 2022, hari ini.

 

Mohd. Uzir berkata, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal di kedudukan teratas sebanyak 29.3% diikuti Johor (20%), Selangor (19.5%) Sarawak (8.1%) dan Kuala Lumpur (4.3%).

 

Bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 25.6%, diikuti Pulau Pinang (23.4%), Johor (18.3%), Kuala Lumpur (7.3%) dan Kedah (5.7%), kata beliau.

 

Peningkatan import dicatatkan di Pulau Pinang (+RM5.4 bilion), Selangor (+RM3.0 bilion), Melaka (+RM2.2 bilion), Kedah (+RM1.7 bilion), Johor (+RM1.5 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.4 bilion), Sarawak (+RM902.4 juta), Perak (+RM826.1 juta), Negeri Sembilan (+RM674.0 juta), Pahang (+RM527.4 juta), Labuan (+RM179.2 juta) dan Perlis (+RM13.0 juta).

 

Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM170.7 juta), Sabah (-RM102.0 juta) dan Terengganu (-RM38.6 juta).

 

Mohd Uzir juga berkara, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.3%, diikuti oleh Johor (20%), Selangor (19.5%), Sarawak (8.1%) dan Kuala Lumpur (4.3%). - DagangNews.com