Ethereum cecah AS$3,000 hari ini | DagangNews Skip to main content

Ethereum cecah AS$3,000 hari ini

 

SINGAPURA 3 Mei  — Mata wang kripto `ether' mencatat paras tertinggi sebanyak AS$3,017 atau RM12,383.28 hari ini, melanjutkan pergerakan maju sejak minggu lepas berhubung laporan bahawa Bank Pelaburan Eropah (EIB) bakal melancarkan jualan bon digital atas rangkaian blok rantai ethereum.

 

Ether menokok 2 peratus di bursa Bitstamp untuk mencecah tahap tertinggi, semasa dagangan awal di Asia. Ia meningkat lebih daripada 300% setakat tahun ini, mengatasi catatan 95% yang dicatat bitcoin yang lebih popular, lapor Reuters.

 

Ether adalah mata wang digital atau token yang memudah cara transaksi pada blok rantai ethereum dan merupakan mata wang kripto yang kedua terbesar dari segi permodalan pasaran, dibelakang bitcoin.

 

Selasa lalu, Bloomberg memetik sumber yang dirahsiakan nama, menyatakan bahawa EIB merancang untuk menerbitkan bon digital dua tahun bernilai €100 juta.

 

Bitcoin pula berada sekitar para AS$58,000 hari ini. — DagangNews.com