evoair, pendingin hawa mesra alam pertama dunia | DagangNews Skip to main content

evoair, pendingin hawa mesra alam pertama dunia

Ahli lembaga WKL Group menunjukkan tanda bagus pada majlis pelancaran evoair.

Ahli lembaga WKL Group menunjukkan tanda bagus pada majlis pelancaran evoair.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 30 April - Syarikat penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi hijau, WKL Group memperkenalkan pendingin hawa mesra alam pertama di dunia yang dikenali sebagai evoair.

 

Pendingan hawa berkenaan berupaya menjadikan sisa buangan yang dikeluarkan oleh pemeluwap pendingin hawa konvensional (unit luaran) menjadi sejuk dan melembapkan udara.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr. Low Wai Koon berkata, ia mampu mengubah pemeluwap pendingin hawa itu menjadi unit penyejuk tambahan yang berfungsi seperti penyejuk udara.

 

Dr. Low Wai Koon
Dr. Low Wai Koon.

 

"Perubahan iklim adalah masalah serius dan kami di WKL Group akan memainkan peranan penting dan memberi sumbangan positif untuk memulih bumi kita.

 

"Pengguna kini boleh memilih untuk meletakkan pemeluwap penghawa dingin mereka di taman, balkoni atau dapur yang berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan. Justeru, evoair direka untuk mentakrifkan semula sistem penyaman udara," jelasnya dalam satu kenyataan.

 

evoairTM adalah teknologi hak milik paten yang belum selesai dengan Sistem Kawalan Pertukaran Panas (HECS) telah mengubah fungsi pemeluwap pendingin hawa. 

 

Secara konvensional, pemeluwap pendingin hawa mengambil haba yang dikeluarkan dari dalam dan mengeluarkan haba yang terbuang pada suhu ± 55 Celcis dan kelembapan ± 20% ke persekitaran yang memberi kesan bahaya kepada manusia dan benda hidup serta menimbulkan masalah berkaitan pemanasan global.

 

Unit pemeluwap evoair direka semula untuk melepaskan udara yang lebih sejuk dan lembap pada suhu ± 25 Celcius dan kelembapan ± 58% ke atas persekitaran luar yang sesuai dan optimum untuk dinikmati manusia dan makhluk hidup sambil memberi sumbangan positif ke arah kelestarian persekitaran.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama Kumpulan WKL, Kevin Chan memberitahu, keputusan untuk melancarkan evoair pada Hari Bumi telah mengukuhkan komitmen, semangat dan peringatan sebagai pihak berkepentingan Ibu Bumi untuk menjalankan tugas tanpa mengira saiz sumbangan yang akan memberi perbezaan besar kepada persekitaran secara keseluruhanya. 

 


"Di WKL Group, kami berminat dengan semangat untuk mencipta dan mempromosikan produk mesra alam yang bertanggungjawab memberi kesan positif kepada gaya hidup dan persekitaran.

 

"Inovasi teknologi hijau kami menyumbang ke arah gaya hidup yang lestari sambil menangani masalah pemanasan global yang dihadapi oleh industri HVAC," tambah beliau. - DagangNews.com