Ford tawar penjimatan 20% untuk alat ganti tulen mulai 1 Disember hingga 21 Januari 2023 | DagangNews Skip to main content

Ford tawar penjimatan 20% untuk alat ganti tulen mulai 1 Disember hingga 21 Januari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Dis - Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan promosi penjimatan sebanyak 20% untuk alat ganti tulen terpilih sempena cuti akhir tahun dan Tahun Baharu Cina bermula 1 Disember 2022 hingga 21 Januari 2023.

 

Pelanggan yang menempah perkhidmatan semasa tempoh kempen akan menikmati penjimatan tersebut menerusi alat ganti tulen penyerap, pad brek, cecair brek, bateri, bilah pengelap serta hos dan penyejuk radiator.

 

Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhari berkata, sempena cuti Krismas, tahun baharu dan Tahun Baharu Cina yang akan datang, lebih ramai orang akan mengembara dan berhubung dengan orang tersayang. 

 

"Kami berharap promosi terbaru ini akan membantu pelanggan Ford kami kekal selamat di jalan raya sambil menikmati lebih banyak penjimatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Promosi ini sah untuk kenderaan Ford terpilih sahaja dan tidak terpakai untuk Ranger, Raptor dan Everest generasi akan datang.

 

Pelanggan boleh menempah temu janji perkhidmatan dengan mudah di Pusat Servis Sah Ford terdekat secara dalam talian melalui laman web Ford pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

 

Bagi lima pusat servis sah di seluruh negara iaitu, Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching, pilihan tempahan temu janji e-Perkhidmatan masa nyata tersedia. 

 

 

ford

 

 

ford

 

 

ford

 

 

Ini membolehkan pelanggan mengetahui dengan segera slot masa yang tersedia serta memilih dan mengesahkan jadual pilihan mereka (sehingga sebulan lebih awal).

 

 

ford

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, layari www.sdacford.com.my. - DagangNews.com