Fungsi radio terus relevan sampai bila-bila, kata Perdana Menteri | DagangNews Skip to main content

Fungsi radio terus relevan sampai bila-bila, kata Perdana Menteri

PUTRAJAYA 13 Feb - Bertemakan `Radio dan Keyakinan', Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 dan teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila.

 

Radio, kata Ismail Sabri, menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengahari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab di sisi.

 

Perdana Menteri berkata, radio bukan sahaja gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.

 

 

PM

 

 

''Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

 

''Malah pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu, dan melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air,'' katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi beliau hari ini. - DagangNews.com