FY21: UEM Sunrise dijangka rugi RM13.3 juta | DagangNews Skip to main content

FY21: UEM Sunrise dijangka rugi RM13.3 juta

UEM Sunrise Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Syarikat pemaju hartanah, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dijangka mengalami kerugian sebanyak RM13.3 juta bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

 

Hong Leong Investment Bank Research (HLInvest) berkata, jangkaan itu dibuat setelah menilai kepada gangguan pembinaan yang akan memberi kesan buruk prestasi syarikat.

 

"Kami manjangkakan FY21 akan merekodkan kerugian sebanyak -RM13.3 juta kerana kami menjangkakan masalah dalam kerja-kerja pembinaan.

 

"Masalah tersebut akan memberi kesan buruk kepada prestasi jualan dan bil progresif di samping sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pelaburan hartanah.

 

"Bagaimanapun, kami kekalkan unjuran bagi tahun kewangan 2022 hingga 2023," jelas HLInvest.

 

Bagi rekod, UEM Sunrise melaporkan kerugian bersih selepas cukai dan kepentingan minoriti (LATMI) sebanyak -RM14.7 juta pada separuh pertama 2021.

 

Jumlah itu lebih kecil berbanding -RM61.4 juta pada separuh pertama tahun sebelumnya.

 

LATMI bagi suku kedua 2021 pula adalah sebanyak RM9.9 juta, lebih tinggi berbanding suku sebelumnya iaitu sebanyak -RM4.8 juta.

 

Sementara itu, AmInvest Research memutuskan untuk mengurangkan unjuran untung bersih FY21 sebanyak 65% selepas menilai kepada hasil semasa syarikat berkenaan.

 

AmInvest bagaimanapun mengekalkan unjuran bagi tahun kewangan 2022 hingga 2023.

 

"Kami tetap berhati-hati dengan prospek jangka pendek syarikat yang memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih daripada wabak," ujar AmInvest.

 

Mengambil pendekatan sama, MIDF Research turut membuat semakan semula dengan mengurangkan unjuran perolehan UEM Sunrise sebanyak -86.71% dan -45.6% bagi tahun kewangan 2021 dan 2022.

 

Pengurangan itu dibuat dengan menjangkakan perintah 'lockwdown' penuh akan menjejaskan progresif bil bagi suku akan datang. - DagangNews.com