Generali Malaysia raih kemenangan berganda di Anugerah Kecemerlangan Insurance Asia News 2023 | DagangNews Skip to main content

Generali Malaysia raih kemenangan berganda di Anugerah Kecemerlangan Insurance Asia News 2023

Dari kiri, Yeo I-Peng, Ketua Pegawai Pemasaran Generali Insurance Malaysia Berhad; Michelle Dan, Ketua Pegawai Kewangan Generali Insurance Malaysia Berhad, dan Mithun Varkey, Ketua Pengarang Insurance Asia News, menyampaikan anugerah CSR Initiative of the Year.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 Feb - Generali Malaysia merangkul dua anugerah berprestij di Anugerah Kecemerlangan Insurance Asia News 2023, yang diadakan pada 23 Januari 2024 di Hong Kong. Anugerah yang dimenangi itu ialah CSR Initiative of the Year dan CEO of the Year (Fabrice Benard). 

 

Berakar umbi dalam nilai yang tertumpu kepada komuniti selama lebih 190 tahun, Generali Malaysia diiktiraf dengan anugerah “CSR Initiative of the Year” untuk inisiatif The Human Safety Net (THSN) yang sungguh berkesan.

 

Dilancarkan secara global pada tahun 2017, THSN merupakan sebuah gerakan yang bertujuan mencipta perubahan yang positif dengan membantu komuniti rentan di seluruh dunia.

 

Di Malaysia, inisiatif THSN Generali Malaysia bermula pada tahun 2018 dengan tumpuan untuk menyokong keluarga rentan yang mempunyai anak-anak kecil.

 

Pada tahun 2023, Generali Malaysia meneruskan komitmennya dengan mengumpul lebih daripada RM273,000 untuk Projek Makan Sihat - aktiviti mengumpul dana seluruh syarikat yang bertujuan memperbaiki pemakanan dan kesihatan keluarga dan kanak-kanak yang berkeperluan tinggi di PPR Lembah Subang.

 

Inisiatif itu melangkaui matlamat awalnya, menduduki tempat kedua di peringkat global dalam Cabaran Global THSN 2023. 

 

Meneruskan usahanya untuk memperkasakan komuniti sebagai sebahagian daripada agenda sepanjang tahunnya, Generali Malaysia telah memperkukuh usahanya melalui kempen kesedaran tambahan, bengkel, dan kumpulan sokongan keluarga dengan kerjasama bersama Yayasan Generasi Gemilang, menunjukkan dedikasinya untuk menyokong keluarga yang kurang diberikan perkhidmatan.

 

 

generali
Dari kiri, Fabrice Benard, CEO Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia, dan Yawar Tharia, Penerbit Insurance Asia News, menyampaikan anugerah CEO of the Year.

 

 

Dianugerahkan sebagai CEO of the Year pada malam yang sama, Fabrice Benard, CEO Generali Insurance Malaysia & Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia berkata, “Komitmen kami untuk memperkasakan komuniti melangkaui bidang insurans. Kami percaya dalam memupuk legasi prihatin, keberperikemanusiaan, dan perubahan positif dalam komuniti yang kami berkhidmat.”

 

Kepimpinan Fabrice dalam memacu kemajuan sosial dan pertumbuhan lestari secara bertanggungjawab melalui strategi "Rakan Sepanjang Hayat" adalah penting kepada kejayaan Generali Malaysia.

 

Beliau diiktiraf atas kepimpinan teladannya semasa penyepaduan MPI Generali Insurans Berhad, dan AXA Affin General and Life Insurance Malaysia.

 

Pemerolehan penting itu, bernilai hampir sebanyak RM1.29 bilion, sekali gus mewujudkan salah satu penanggung insurans am yang terbesar dan penanggung insurans hayat baru muncul di Malaysia, yang memberi perkhidmatan kepada hampir 2 juta pelanggan. 

 

Merenung pada tahun yang penuh transformasi, Fabrice menzahirkan rasa terima kasih yang tulus kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan rakan sekerja Generali Malaysia yang dihargai atas kepercayaan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan pertumbuhan dan penembusan sempadan ini.

 

Sila layari www.generali.com.my untuk maklumat lanjut.- DagangNews.com