GoInsuran lancarkan kedai dalam talian di platform Shopee | DagangNews Skip to main content

GoInsuran lancarkan kedai dalam talian di platform Shopee

KUALA LUMPUR 25 April - GoInsuran syarikat insurans milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad melancarkan kedai dalam talian pertamanya di platform Shopee.

 

GoInsuran merupakan menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan kepada pengguna.

 

Ia menampilkan teknologi terknini dalam menyediakan pengalaman yang mudah buat pelanggan bermula daripada mendapatkan sebut harga dan melakukan pembayaran menerusi pelbagai saluran yang mudah.

 

GoInsuran berkata, menerusi kerjasama itu, pembeli boleh mendapatkan baucar eksklusif secara dalam talian.

 

"Lebih 24,000 baucar instimewa akan tersedia kepada orang ramai bermula Mac 2022," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua aliran perniagaan insuran Tan Chong, Joshua Yong berkata, syarikat itu yakin bahawa sebagai peneraju utama, Shopee adalah platform digital membolehkan mereka meningkatkan capaian pelanggan yang lebih luas.

 

"Apa yang ditawarkan buat masa ini adalah permulaan, kami merancang untuk menyediakan item yang lebih menarik pada masa akan datang," katanya.

 

Ketua kempen pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, kerjasama itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh GoInsuran.

 

Beliau juga percaya, kerjasama itu juga akan membantu memacu pertumbuhan industri e-dagang Malaysia.

 

"Kerjasama ini juga menunjukkan komitmen Shopee dalam membantu jenama-jenama sedia ada untuk mendapatkan pelanggan baharu dan membuka peluang untuk menjana pertumbuhan," katanya. - DagangNews.com