Oleh Dominic G. Joseph
editor@dagangnews.com
PENAMPANG 22 Nov – Golongan muda-mudi diseru turut serta di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti 'Gotong Royong Perdana' diadakan di seluruh negeri Sabah yang dianjurkan oleh majlis-majlis daerah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK).
Daerah Penampang misalnya, program Gotong Royong Perdana anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Pejabat Daerah Penampang bermula dari 20 November 2021.
Program tersebut melibat 54 kampung di Daerah Penampang ini dirasmikan di sebuah Dewan Balai Raya di Kampung Koidupan, Tinduuzon, di sini.
Di Kampung Mahandoi 'Gotong-Royong Perdana' ini diketuai oleh Pengerusi JKKK, Celestine Johniuh dengan aktiviti-aktiviti membersihkan kawasan sekitar dewan masyarakat di situ.
Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung semasa merasmkikan Program Komuniti Sihat: Gotong Royong Perdana' itu berkata, program tersebut merupakan satu inisiatif bertujuan untuk membudayakan program bergotong-royong dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang awam supaya menjaga kesihatan diri dan keluarga serta persekitaran.
Seorang penduduk di Kampung Gunsing, Christopher Jintoni berkata, program baik sedemikian seharusnya melibatkan lebih ramai golongan muda untuk terlibat dengan Program Gotong-Royong Perdana.
Beliau berkata, banyak faedah menjadi sukarelawan termasuk bagi golongan muda yang masih di sekolah menengah dan kolej.
‘’Sukarelawan sebagai pelajar adalah kaedah terbaik untuk memberi kembali kepada komuniti anda dan membantu mereka yang memerlukan.
‘’Selain memberi manfaat kepada komuniti anda, sukarelawan mempunyai pelbagai faedah peribadi: ia dapat membantu jalan kerjaya anda, memperbaiki aplikasi kuliah dan sekolah siswazah anda, membantu anda bertemu orang baru, dan bahkan meningkatkan peluang anda mendapat biasiswa,’’ katanya.
Malah dengan menyertai aktiviti-aktiviti komuniti seperti 'Gotong-Royong Perdana', ahli-ahli psikologi mendapati ada banyak faedah-faedah kesihatan.
Misalnya aktiviti-aktiviti ini boleh menurunkan tekanan kehidupan bila seseorang itu berinteraksi dengan kawan-kawan lain. Kesihatan Kardiovaskular juga bertambah baik, membuat anda gembira dan lain-lain lagi.
``Malah mempromosikan kehidupan sihat memberi manfaat kerana ia melahirkan akhlak yang baik dengan menjaga kebersihan dan kedamaian tubuh, fikiran, dan jiwa.
‘’Menjaga kebersihan adalah bahagian penting dalam hidup sihat kerana hanya kebersihan yang membantu meningkatkan keperibadian kita dengan menjaga kebersihan luaran dan dalaman,’’ ujarnya. – DagangNews.com