GTR Burger sasar jualan bernilai RM30 juta pada 2024, bakal buka kios dan restoran berkonsepkan kontena  | DagangNews Skip to main content

GTR Burger sasar jualan bernilai RM30 juta pada 2024, bakal buka kios dan restoran berkonsepkan kontena 

Nordin Mat (kanan) dan Najib Jalil menunjukkan menu baharu GTR Burger ketika majlis meraikan media di Mercato, The Exchange TRX pada 21 Februari 2024.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - Jenama burger jalanan terkenal tempatan, GTR Burger menyasarkan jualan sebanyak RM30 juta pada tahun 2024.

 

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata, ia adalah peningkatan jualan kira-kira 90% berbanding RM15.8 juta yang dicatat tahun lepas.

 

Beliau berkata, selain itu pihaknya bakal membuka sebanyak 30 hingga 50 buah kios pada Mac ini bermula di Melaka, selain menyasarkan 10 cawangan restoran berkonsepkan kontena pada suku ketiga 2024 di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang.

 

"Kemudahan kios dan restoran ini kami tawarkan kepada usahawan sedia ada yang layak atau telah mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

 

"Selain itu, kami turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan stadium di beberapa negeri, yang mana kami akan gunakan tempat itu untuk persatuan atau kelab bola sepak bertemu peminat.

 

 

"Itu yang kami sasarkan, selain pusat beli-belah di Lembah Klang," katanya kepada pemberita ketika majlis meraikan media di sini hari ini.

 

Pada majlis sama, GTR Burger turut melancarkan pembukaan gerai baharu di Mercato, The Exchange TRX, yang mana pengunjung pusat beli-belah itu boleh mendapatkan burger premium tersebut.

 

 

GTR
GTR Burger menyasarkan membuka 10 restoran kontena di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

 

 

GTR

 

 

Yang turut hadir Pengasas GTR Burger, Najib Jalil.

 

 

GTR

 

 

gtr

 

 

Nordin berkata, pihaknya turut menyasarkan sebanyak 300 usahawan baharu untuk menceburi bidang perniagaan GTR Burger pada tahun ini.

 

 

GTR

 

 

GTR

 

 

"Untuk pengusahaan gerai burger di jalanan, kami mempunyai sebanyak 300 usahawan sedia ada di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, kita tengok atas minat mereka sama ada untuk menaik taraf dari gerai jalanan ke kios atau restoran," katanya. - DagangNews.com