Hapuskan rasuah menerusi amalan integriti | DagangNews Skip to main content

Hapuskan rasuah menerusi amalan integriti

Rasuah

Oleh Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff
Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation

 

 

Rasuah yang berleluasa terus memudaratkan golongan miskin dan paling rentan dalam masyarakat kita. 

 

Sebagai Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), saya menyokong inisiatif untuk membanteras gejala rasuah di Malaysia.

 

Rasuah ‘menyakitkan’ kumpulan rentan dalam masyarakat kerana dana yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan.

 

Selain itu, rasuah juga melemahkan kemampuan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan asas. 

 

MDEC mempunyai komitmen jitu untuk melaksanakan ketelusan secara radikal, kebertanggungjawaban dan integriti di bawah misi 'Mencipta Semula’ yang diyakini akan mendorong strategi agensi untuk bergerak maju bagi memastikan dapat berkhidmat kepada rakyat dan industri dengan lebih baik. 

 

MDEC telah melaksanakan langkah serius untuk meningkatkan pentadbirannya.

 

Rais Hussin Mohamed Ariff
Rais Hussin Mohamed Ariff

 

Baru-baru ini , MDEC bekerjasama dengan KPMG dan Ernst & Young untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran bagi mengukuhkan lagi tadbir urus dalam organisasi.

 

Contoh yang paling jelas ialah MDEC telah menghapuskan proses rundingan secara terus dan amalan pelaksanaan tender tertutup yang telah digantikan dengan sistem tender terbuka.

 

Di bawah misi ‘Mencipta Semula’, kami juga memperkenalkan Had Kuasa Budi Bicara Kumpulan (DAL) yang menentukan proses penggunaan sumber dan dana MDEC.

 

Misi ‘Mencipta Semula’ oleh MDEC mempromosikan proses dan dasar tadbir urus yang mengutamakan kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dengan penekanan diberikan pada pengetahuan dan bukannya lagi ‘siapa’ sebagai kriteria utama dalam penilaian yang adil dan telus.

 

Kejayaan inisiatif Sinar Rasuah Busters bukan hanya memerlukan kesedaran tetapi juga penglibatan proaktif dan berterusan dari semua pihak yang berkepentingan dalam ekosistem.

 

Di samping itu, perlunya juga meningkatkan kualiti pendidikan, penguatkuasaan dan keazaman politik yang kuat diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha murni ini untuk mengubah Malaysia menjadi Nadi Digital ASEAN dan seterusnya meningkatkan mutu kehidupan setiap rakyat Malaysia.

 

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta berpengalaman hampir 25 tahun dalam pelaksanaan inisiatif berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ekonomi digital negara, MDEC memimpin aspirasi Malaysia dengan memantapkan peranannya sebagai pusat kuasa digital serantau serta menjadi juara global dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). - DagangNews.com

 

.