Hard Rock Cafe tingkat gaya hidup warga Ipoh, sasar kehadiran 70,000 pengunjung tahun ini | DagangNews Skip to main content

Hard Rock Cafe tingkat gaya hidup warga Ipoh, sasar kehadiran 70,000 pengunjung tahun ini

Hard Rock Cafe Ipoh memberikan pengalaman baharu cafe dan hiburan kepada pengunjung di Ipoh.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 15 Julai - Kafe hiburan antarabangsa, Hard Rock Cafe (HRC) Ipoh meletakkan kedudukan sebagai cafe pilihan apabila menerima hampir 15,000 pengunjung sejak dibuka Mac lalu.

 

Dengan anggaran 5,000 pengunjung sebulan, ia meletakkan sasaran untuk menerima kira-kira 70,000 pada tahun ini.

 

Daripada angka itu, pengunjung domestik merupakan penyumbang terbesar khususnya yang datang ke Ipoh semasa cuti dan musim perayaan.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7391769026717863185.jpg?itok=1rap-CoU","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7391769026717863185?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Lokasi HRC Ipoh di Palo 101, Jalan Sultan Iskandar juga strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar.

 

Kapal
Hard Rock Shop menjual pelbagai barangan dan cenderahati.

 

Kapal

 

Penolong Pengurus Besar HRC Ipoh, Mohd Najib Ab Llah berkata, sejak dibuka HRC telah meletakkan nama Ipoh dalam rangkaian kafe Hard Rock di Malaysia.

 

Menurut beliau, kehadiran pengunjung turut menyumbang kepada sambutan Tahun Melawat Perak ketika ini selain lain-lain tarikan pelancong di Ipoh.

 

“Kehadiran HRC relevan dengan status bandaraya Ipoh sebagai bandar seni oleh UNESCO, malah kita bekerja sama rapat dengan Majlis Bandaraya Ipoh.

 

“Selain itu, Ipoh sebagai bandar hipster dan syurga makanan mendekatkan HRC yang dikenali dengan pelbagai makanan barat cukup istimewa.

 

“Faktor-faktor ini khususnya Ipoh sebagai destinasi pelancongan menyumbang kepada kehadiran pengunjung ke HRC.

 

Kapal
Mohd Najib (kiri) bersama kru HRC Ipoh menunjukkan lima burger pilihan terbaik dunia.

 

Kapal

 

“Kita juga berperanan untuk menaik taraf gaya hidup warga Ipoh dengan menyediakan pengalaman baharu cafe dan hiburan,” ujarnya.

 

Sepertimana lain-lain rangkai Hard Rock, selain cafe HRC Ipoh juga mempunyai memorabilia, kedai cenderahati dan persembahan pentas.

 

Dalam pada itu kata Mohd Najib, ketika ini HRC Ipoh sedang mempromosikan ‘World Burger Tour’ yang menampilkan lima jenis burger terbaik dunia.

 

Antaranya burger Bengaluru dari India, Bucharest (Romania), Gramado (Brazil), Kathmandu (Nepal) dan Pittsburgh (Amerika Syarikat).

 

Kapal

 

 

Kapal

 

Jelas Mohd Najib, burger sama juga disajikan di kesemua 150 buah rangkaian HRC seluruh dunia.

 

“Lima jenis burger disajikan sepanjang kempen ‘World Burger Tour’ sejak Jun hingga 2 September sebelum memilih premis HRC yang mendapat jualan tertinggi. 

 

“Setiap burger mempunyai rasa yang berbeza, jadi pengunjung boleh merasai burger dari benua berlainan hanya di HRC,” ujarnya. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/0ceb-yPnbiA.jpg?itok=0l7Qec56","video_url":"https://youtu.be/0ceb-yPnbiA","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}