Harga minyak mentah dorong ringgit dibuka tinggi | DagangNews Skip to main content

Harga minyak mentah dorong ringgit dibuka tinggi

 

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) didorong harga minyak mentah yang bertambah baik. 

 

Setakat 9.07 pagi, ringgit mencecah paras 4.0470/0520 berbanding dolar AS, daripada 4.0490/0530 semalam. 

 

Menurut AmBank Research, ringgit dijangkakan didagang dalam julat paras sokongan 4.0275 dan 4.0346.

 

Bagi paras rintangan (resistance), pergerakan mata wang itu diunjurkan dalam julat 4.0509 dan 4.0590.

 

Ringgit dapat menjana semula lonjakan selepas sentimen pasaran minyak pulih. 

 

Minyak mentah Brent mencatatkan paras AS$50.79 setong apabila dibuka. 

 

Bagaimanapun, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain. 

 

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0353/0402 daripada 3.0266/0305 yang ditutup semalam.

 

Mata wang tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 3.9151/9210 daripada 3.9027/9076 dan melemah berbanding pound British kepada 5.4299/4382 daripada 5.3520/3589. - DagangNews.com