Hargai air serta giatkan usaha lestarikan sumber air - Perdana Menteri | DagangNews Skip to main content

Hargai air serta giatkan usaha lestarikan sumber air - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 22 Mac - Hari Air Sedunia merupakan peringatan kepada masyarakat seluruh dunia termasuk Keluarga Malaysia untuk menghargai air selain berusaha melakukan usaha untuk melestarikan sumber air.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjaan memperkenalkan lima strategi utama menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membantu usaha-usaha transformasi sektor air negara bagi memastikan kelestariannya bagi manfaat penududuk negara ini.

 

Beliau berkata, air tanah dijadikan tumpuan sambutan kerana ia sangat berguna kepada kehidupan bakan menjadi bahagian penting dalam proses penyesuaian perubahan iklim dan penyelesaian bagi akses kepada air selamat.

 

"Hari ini adalah Hari Air Sedunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf tarikh 22 Mac setiap tahun sebagai hari sambutannya. 

 

"Pada tahun ini “Groundwater: Making the invisible visible” telah dipilih sebagai tema oleh PBB," katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

 

Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan antara negara yang komited dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang bersandar kepada 17 matlamat ditetapkan PBB dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015 untuk dicapai pada tahun 2030.

 

"Komitmen boleh dilihat melalui langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG dengan memperkenalkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dimulakan pada tahun 2017," katanya. - DagangNews.com