Hasil dividen Digi dijangka 'berlegar' sekitar 4% | DagangNews Skip to main content

Hasil dividen Digi dijangka 'berlegar' sekitar 4%

Digi

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Syarikat telekomunikasi dan media, Digi.com Berhad (Digi) dijangka  mencatatkan hasil dividen sekitar 4% pada suku-suku akan datang.

MIDF Research berkata, penilaian itu dilihat berdasarkan kepada prestasi kewangan syarikat berkenaan yang lemah.

"Meskipun kelonggaran PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) membantu kumpulan mendapatkan kembali sambutan langganan pelanggan, namun kami melihat perkara itu tidak akan memberi jumlah pendapatan kumpulan seperti tahun 2019 dalam tempoh yang dijangka.

"Ini juga akan mempengaruhi jumlah pembayaran dividen.

"Kami berpendapat bahawa hasil dividen akan berada sekitar 4%," kata MIDF Research.

Pendapatan Digi pada suku ketiga menurun 11.2% berbanding tahun lalu kepada RM317.4 juta.

Bagaimanapun, pendapatan tersebut meningkat 12.9% berbanding suku sebelumnya.

Pendapatan perkhidmatan mudah alih bagi suku ketiga 2020 turut menurun sebanyak 2.8% kepada RM1,374 juta.

Bagaimanapun, mengikut perbandingan suku ke suku, suku ketiga itu menunjukkan peningkatan 4.3% selepas PKP.

Pendaparan prabayar dan digital menunjukkan peningkatan semula kepada RM748 juta, sementara pendapatan pascabayar tetap lemah dengan penurunan 2.0% kepada RM626 juta.

MIDF Research mengambil keputusan mengekalkan saranan 'neutral' saham Digi dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM3.95. - DagangNews.com