Hayati potensi bakat anda - dari individu kepada institusi | DagangNews Skip to main content

Hayati potensi bakat anda - dari individu kepada institusi

Hayati Potensi Bakat Anda - dari Individu kepada Institusi

Oleh Dr Dewi Tajuddin

dewiSAYA pernah mengupas dalam artikel pengenalan saya dalam DagangNews.Com pada 28 Ogos 2020 bagaimana pembangunan personaliti boleh membantu individu membangun bakat dirinya dalam organisasi.

M
elalui kefahaman ke atas potensi bakat, seseorang individu memperoleh kejayaan berganda dalam pembangunan personaliti dan profesional. Justeru kepentingan bakat bukan sahaja mencari, membeli dan membangun pekerja berbakat tetapi juga mengekalkan mereka, sama ada di sektor awam atau swasta.

 

Mengenali Bakat

Mengenali bakat ini akan disinambungkan kepada persoalan ‘apakah yang anda faham tentang bakat?”, huraian jawapan ini akan menjelaskan akan kepentingan bakat di dalam diri sendiri. Pengenalan bakat tersebut akan dihuraikan melalui jawapan kepada persoalan “apakah keberkesanan faham akan maksud bakat melalui keperhatinan ibubapa kepada anak-anak?”.

Pe
nglibatan ibu bapa amat penting dalam menceritakan akan mengenali bakat sendiri dan mengindahkan bakat tersebut berdasarkan kapasiti diri sendiri dan kapisiti anak-anak. Iini telah digariskan bahawa memahami apa perbezaan bakat dan minat itu ada  dimana ia bakal menwujudkan kekeliruan dalam kehidupan sekiranya pemahaman yang patuh tidak difahami melalui perbezaan bakat dan minat.

P
enghuraian kesinambungan bakat dan personaliti ini memainkan peranan kepada diri sendiri untuk memahami dan sayang akan kewujudan bakat di dalam diri sendiri. Persoalan “apakah maksud bakat diri sendiri?” itu sentiasa wujud dan dinyatakan bersama persoalan “apakah kegunaan bakat diri sendiri ini di dalam kehidupan?”.

Melalui persoalan ini ia dapat menyatakan bahawa pemahaman bakat bakal menjuruskan satu kesinambungan bakat di dalam pencapaian matlamat dan kejayaan dalam kehidupan.

 

Keberkesanan Bakat

Mencari dan menjawap soalan mengenai sifat faham akan keberkesanan bakat di dalam kehidupan itu telah menceritakan apakah konsep dan bentuk kenal akan diri sendiri. Konsep yang disenaraikan itu telah memberikan satu garis panduan yang kukuh dalam memberi jawapan kepada persoalan ‘bakat’ yang mana ini seringkali dinantikan jawapan dan luahan daripada setiap individu di dalam kehidupan.

Pemahaman ‘bakat’ dalam pencapaian matlamat dan kejayaan telah di perolehi melalui memahami bentuk atau konsep temuduga dengan menggariskan penilaian yang berdasarkan ‘bakat’ calon. Ini juga telah membantu akan pemahaman dan kesinambungan budaya organisasi, ukuran prestasi dan professionalism setiap pekerja.

Amat jelas telah diulangi bahawa faham akan ‘bakat’ akan menjelaskan akan arah panduan dalam kehidupan semasa dan aliran kerja di dalam organisasi. Penjelasan menlalui huraian kenali bakat, penglibatan semasa dalam kehidupan manusia, penghuraian kesinambungan bakat yang mana menceritakan akan pemahaman terhadap kewujudan ‘bakat’ dalam mencapai matlamat dan kerjayaan di dalam kehidupan telah membina satu panduan dan rujukan, bagaimana mengenali ‘bakat’ dan informasi membina semangat daripada pemahaman kewujudan ‘bakat’ di dalam kehidupan sendiri.

Kesinambungan ‘bakat’ kepada personaliti itu seolah menyatakan bahawa dengan memberi cermin yang jelas itu telah menyatakan akan pantulan imej yang telah kelihatan di dalam cermin tersebut ianya bakal memberi huraian akan keadaan sebenar yang ada di dalam diri sendiri melalui pemahaman kepentingan  kehadiran ‘bakat’ kepada pembentukan personaliti yang cemerlang.

 

Kesinambungan Bakat

Dengan memahami akan kesimbungan ‘bakat’ kepada personaliti itu merupakan satu panduan pengetahuan. Panduan penegtahuan ini bakal melahirkan persoalan yang mana ianya mencari apakah kelebihan mengenali ‘bakat’ sendiri. Di dalam dapatan ini telah dihuraikan akan kelebihan kenal akan ‘bakat’ diri sendiri itu telah menceritakan akan jawapan akan kenal siapa diri sendiri. Wujudnya sayang terhadap diri sendiri kerana faham akan ‘bakat’ yang ada, keyakinan orang persekitaran itu datang, individu yang berbakat itu akan melaksanakan susun atur perancangan yang tepat di samping memahami akan penghasilan dan perlaksanaan disiplin diri yang baik.

Kenapa wujud penyataan di dalam penulisan ini bahawa dengan mengenali ‘bakat’ diri sendiri akan dapat memberi kesan kepada penemuhan jodoh, ikatan persahabatan, kerjayaan di dalam kerjaya dan keluarga, jaminan kewangan, ini telah diintikan dengan pemahaman integriti dan gaya hidup yang sihat.

Kewujudan penyataan tersebut telah memfokuskan akan keberkesanan kewujudan ‘bakat’ individu itu bakal mempengaruhi penglibatan pergaulan, kehidupan, kejayaan dan gaya hidup yang cemerlang.

Senarai penyataan pemahaman bakat dapat dikenalpasti melalui pemahaman seperti berikut:

  1. Apa yang anda faham temtang bakat
  2. Keberkesanan faham akan maksud bakat melalui keperihatian ibubapa kepada anak-anak
  3. Kesinambungan bakat dengan personaliti
  4. Adakah saya faham keberkesanan bakat saya dalam kehidupan

Melalui keberkesanan dan kesinambungan bakat, sesorang individu boleh mempraktis bakatnya melalui pembangunan personaliti kepada pembangunan professional dalam sesebuah organisasi.

  

Program Pembangunan Bakat

Sejak 2010, banyak syarikat besar di Malaysia mula memberi fokus kepada kepentingan pembangunan bakat. Mengikut dapatan tesis PhD (2013), Dr Dewi merumuskan sektor perbankan di Malaysia perlu mewujudkan program bakat yang bermula daripada mencari, membangun dan mengekal pekerja berbakat. Malah, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menubuhkan Financial Sector Talent Enrichment Program (FSTEP) sejak 2007 dalam pembangunan bakat perbankan.
   

dewi
ABS adalah satu kolaborasi dengan BNM melalui FTSEP dalam menyediakan program perbankan berkualiti termasuk perbankan  Islam dan takaful bagi blok ASEAN.

      

Program ini adalah satu ‘Latihan Intensif Graduan’ dirangka untuk melengkapkan bakat graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang betul sebagi platform mereka memasuki industri perkidmatan kewangan. Lanjutan daripada FTSEP ini, BNM berkolaborasi dengan Asian Banking School (ABS) dalam membangun bakat sebagai penyedia latihan program berkualiti perbankan bagi ASEAN.

S
ejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam, ia juga merangkumi perbankan Islam dan takaful.
 

   

dewi
Penubuhan Talent Corp pada 2011 adalah satu perkongsian antara sektor awam dan swasta dengan inisiatif mencari, mengasuh dan mengekal pekerja berbakat di Malaysia.

  

Bagi agensi kerajaan, penubuhan Talent Corp sejak 2011 di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah satu lagi testimoni pentingnya pembangunan bakat dan modal insan. Agensi ini adalah satu kaedah perkongsian antara sektor awam dan swasta untuk melaksanakan tiga inisiatif. Inisatif ini bertujuan menarik, mengasuh dan mengekal kepakaran yang betul-betul diperlukan untuk memenuhi permintaan bakat hari ini dan masa akan datang.

R
umusannya, bakat anda akan menjamin pencapaian dan kecemerlangan yang maksimum di dalam diri sendiri bermula dari usia kanak-kanak hingga dewasa, kesihatan diri sendiri, suasana persekitaran, kitaran kehidupan harian, dan organisasi tempat bertugas. Maknanya, apabila anda faham untuk menghargai potensi bakat anda, ia membantu anda dalam mencapai matlamat anda sebagai seorang individu dan organisasi anda sebagai sebuah institusi. - DagangNews.com

 

DR DEWI TAJUDDIN adalah pensyarah kanan Sumber Manusia di UiTM Sabah dengan pengkhususan dalam bidang pembangunan personaliti dan bakatl

 

Dapatkan 6 buku tulisan dan terbitan Dr.Taj4000 pada harga promosi RM29 senaskah tidak termasuk belanja poslaju RM10. Berminat sila WhatsApp 013-886-9809                                 

dewi