HeiTech Padu raih kontrak bernilai RM38.58 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi | DagangNews Skip to main content

HeiTech Padu raih kontrak bernilai RM38.58 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 27 Jan - HeiTech Padu Berhad meraih kontrak bernilai RM38.58 juta bagi menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan ICT. 

 

Ini menyaksikan kumpulan menerima dan menandatangani surat anugerah daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada 26 Januari 2023. 

 

Kontrak ini membabitkan perkhidmatan sewaan berpusat peralatan ICT secara sewa guna di lima zon bagi kegunaan kementerian berkenaan di Zon 1 (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan). 

 

"Tempoh masa bagi kontrak ini adalah selama 52 bulan bermula 1 Februari 2023 hingga 31 Mei 2027," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Menurut HeiTech Padu, perolehan itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. - DagangNews.com