HeveaGro keluarkan Cendawan Eryngii sebagai protein alternatif pengganti ayam | DagangNews Skip to main content

HeveaGro keluarkan Cendawan Eryngii sebagai protein alternatif pengganti ayam

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Orang ramai disarankan untuk beralih kepada protein berasaskan tumbuhan seperti Cendawan Eryngii keluaran HeveaGro Sdn. Bhd. bagi mendepani kekurangan bekalan ayam di pasaran.

 

HeveaGro yang merupakan anak syarikat HeveaBoard Berhad merupakan pengeluar pertama Cendawan Eryngii di Malaysia.

 

Selepas melihat berlaku kekurangan bekalan ayam di pasaran, syarikat mengambil peluang meningkatkan pemasaran cendawan keluaran mereka di pasaran.

 

Pengarah Urusan HeveaBoard, Yoong Hau Chun berkata, tektur yang dimiliki cendawan yang dikenali sebagai Cendawan Tiram itu juga meletakkannya sebagai pengganti daging yang ideal selain batangnya yang hampir menyamai daging apabila digoreng.

 

"Ayam merupakan makanan ruji orang ramai kerana memiliki jutrien yang penting namun kesa konflik Rusia-Ukraine memberi kesan kepada negara di seluruh dunia kerana berlaku peningkatan kos makanan.

 

"India telah mengehadkan eksport gandumnya akibat gelombang haba manakala Indonesia mempunyai larangan menyeluruh terhadap eksport minyak sawit mentah dan produk berkaitan.

 

"Malaysia juga telah memperkenalkan larangan eksport ayam bermula 1 Jun 2022 bagi mengawal bekalan serta harga pasaran domestik, jadi kami berasa bertanggungjawab untuk memberikan alternatif kepada ayam di pasaran dengan Cendawan Eryngii kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Cendawan Eryngii bukan sahaja kaya dengan rasa tetapi penuh dengan nutrien dan ia mempunyai kesan antivirus selain kaya dengan magnesium, kalsium, besi, selenium dan niasin.

 

Menurut kajian Euromonitor International Ltd, protein alternatif akan menguasai pasaran global sebanyak 11% menjelang 2035 dan ia diunjurkan menguasai pasaran sebanyak AS$2.65 bilion (RM11.8 bilion) menjelang 2026. - DagangNews.com