KUALA LUMPUR 13 Okt - Hexagon mengumumkan pengeluaran 'HxGN Mould & Die suite', set CAD/CAM, kejuruteraan dan alat automasi khusus yang memperkasakan pengeluar acuan serta alat untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menghasilkan alat berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka merentas industri daripada automotif kepada aeroangkasa.
Suite ini dibangunkan untuk memperkasakan pereka bentuk dan pembuat acuan untuk mencapai kecemerlangan operasi dalam reka bentuk dan pembuatan acuan suntikan plastik, acuan progresif, acuan membentuk dan beberapa alatan yang serupa.
Pengurus Besar Perisian Pengeluaran Hexagon, Chuck Mathews berkata, alat simulasi suite membantu pengeluar memahami kebolehlaksanaan dan kos proses membuat acuan dengan maklumat yang boleh diguna pakai.
"Kami mengunakan semua yang kami ketahui tentang pembuatan HxGN Mould & Die, termasuk teknologi Heksagon terbaik kami, untuk membina suite khusus yang memperkasakan kedai acuan dan cetakan dalam sebarang saiz untuk mendapatkan hasil terbaik dengan lebih cepat," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Produk & Teknologi Hexagon, Parth Joshi pula berkata, kelebihan daya saing mereka akan dipertingkatkan oleh Nexus, yang menghubungkan perisian desktop melalui awan untuk menyediakan peluang automasi dan kerjasama selanjutnya.
Katanya, ia juga memberi petugas cara mudah untuk berkongsi model 3D dengan pelanggan melalui visualisasi berasaskan web yang selamat, dan menyatukan akses kepada system data untuk peralatan, lekapan dan bahan daripada aplikasi desktop mereka.
"Suite HxGN Mould and Die ialah satu kemajuan, menggabungkan cabaran yang dihadapi pelanggan kami dengan pengetahuan domain kami yang mendalam untuk lebih produktif.
Kami memfokuskan semula inovasi untuk menyatukan teknologi ekosistem kami dan membantu pasukan pengeluaran membuat keputusan termaklum yang lebih baik, lebih cepat," katanya.
Untuk pengeluar acuan suntikan plastik, suite ini menyediakan alatan untuk reka bentuk dan kejuruteraan, simulasi aliran, kejuruteraan terbalik, reka bentuk elektrod automatik dan pemesinan CNC.
Ia dibina di atas perisian VISI dan WORKNC yang merupakan pasaran utama Hexagon, menyediakan keupayaan pengaturcaraan CAM berbilang paksi yang komprehensif, pemodelan langsung pepejal dan permukaan, serta menyokong pembinaan, penyuntingan dan pembaikan geometri 3D yang kompleks.
Alat kejuruteraan terbalik membolehkan pembuat acuan mencipta model pepejal dengan cekap daripada data yang diimbas, keupayaan penting untuk pembaikan dan reka bentuk semula acuan, dan untuk mencipta model pepejal untuk pembuatan apabila fail CAD tidak tersedia. - DagangNews.com