Cypark capai tarikh operasi komersial bagi salah satu loji solar terapung 60MW di Danau Tok Uban, Kelantan | DagangNews Skip to main content

Cypark capai tarikh operasi komersial bagi salah satu loji solar terapung 60MW di Danau Tok Uban, Kelantan

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 7 Jan - Cypark Resources Bhd telah berjaya mencapai tarikh operasi komersial (COD) bagi salah satu daripada dua loji solar terapung 60MW di Danau Tok Uban, Kelantan. 

 

Dalam satu kenyataan, Cypark berkata fasiliti air itu, yang digelar sebagain DTU2, dengan kapasiti penjanaan 30MW, telah disahkan oleh pembeli tunggal, iaitu Tenaga Nasional Bhd.

 

Katanya, COD bagi DTU1 dijangka menyusul tidak lama lagi.

 

Cypark
Pengerusi Eksekutif Cypark Resources, Datuk Ami Moris

 

Pengerusi Eksekutif Cypark Resources, Datuk Ami Moris berkata, pencapaian itu bukan sahaja menekankan kepakaran teknikal dan operasi Cypark tetapi juga menandakan kesediaan syarikat menerajui lebih banyak projek dalam landskap tenaga boleh diperbaharui Malaysia.

 

"Dengan pencapaian COD ini, Cypark kini berada pada kedudukan untuk menerima manfaat aliran tunai penuh portfolionya, setelah menyampaikan dan beroperasi hampir 400MW kapasiti penjanaan solar di seluruh negara," katanya.

 

Beliau juga berkata, loji sisa kepada tenaga syarikat juga telah dipertingkatkan dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam penyelesaian tenaga mampan. - DagangNews.com