Hibiscus dianugerah 65% kepentingan penyertaan dalam PSC daripada Petronas | DagangNews Skip to main content

Hibiscus dianugerah 65% kepentingan penyertaan dalam PSC daripada Petronas

KUALA LUMPUR 26 Julai - Hibiscus Petroleum Bhd menerusi Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited (HML) dianugerahkan 65% kepentingan penyertaan (PI) dan pengendali dalam kontrak perkongsia pengeluaran (PSC) daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

 

Baki PI dipegang oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

 

Tarikh kuat kuasa PSC ialah 1 Julai 2024 dengan tempoh kontrak selama 24 tahun.

 

PSC terdiri daripada empat Peluang Sumber Ditemui (DRO), iaitu padang Pertang, Kenarong, Noring dan Bedong, yang terletak di perairan cetek antara pada kedalaman 65 dan 75 meter di luar pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia.

 

Kluster DRO terletak di selatan, dan dalam jarak tie-back dari PSC Kawasan Susunan Komersial PM3 yang dikendalikan oleh HML.

 

"Kami berbesar hati kerana Petronas, melalui Malaysia Petroleum Management menganugerahkan PSC kepada Hibiscus dan rakan kongsi kami Petronas Carigali.

 

"Ia memberi peluang yang baik untuk memaksimumkan penggunaan rangkaian gas yang sedia ada, dan untuk terus memenuhi permintaan gas yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia.

 

"Kami teruja untuk membangunkan sumber yang ditemui ini secara optimum," kata Ketua Negara HML, Malaysia dan Vietnam, Dr Pascal Hos.

 

Dagangan saham Hibiscus Petroleum telah dihentikan sementara menunggu pengumuman itu sebelum disambung semula pada pukul 10 pagi.

 

Pada pukul 12.30 tengah hari, saham kumpulan itu didagangkan pada RM2.37 seunit selepas mencatatkan kenaikan sebanyak 4.4% kepada 10 sen sekali gus memberikan permodalan pasaran RM1.9 bilion. - DagangNews.com