Hizzan Hamid dilantik sebagai CEO KWEST | DagangNews Skip to main content

Hizzan Hamid dilantik sebagai CEO KWEST

KUALA LUMPUR 13 Sept - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah melantik Hizzan Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu untuk cabang hartanahya, KWEST Sdn Bhd (KWEST), berkuat kuasa 1 Sept 2021.

 

Hizzan menggantikan bekas CEO KWEST, Sufian Abdullah.

 

KWAP berkata Hizzan sebelum ini ialah Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan Gamuda Land, yang berpengalaman dalam menguruskan perolehan tanah dan hartanah komersial.

 

"Kerjaya profesionalnya di bidang hartanah selama 14 tahun dalam pengambilalihan tempatan dan antarabangsa, serta memudahcara usaha sama antara syarikat pembangunan hartanah terkemuka dan organisasi berkaitan kerajaan," kata KWAP dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Ditubuhkan pada tahun 2017, KWEST adalah anak syarikat milik penuh KWAP dan adalah platform pelaburan tujuan khas untuk pembangunan harta tanah.

 

 

Hizzan Hamid
Hizzan Hamid

 

 

Projek utama KWEST termasuk Seri Tanjung Pinang 2 Fasa 2A (STP2A) dan Kompas @ KSL. - DagangNews.com