HLIB Research turunkan unjuran untung bersih tahun 2021 hingga 2023 Leong Hup | DagangNews Skip to main content

HLIB Research turunkan unjuran untung bersih tahun 2021 hingga 2023 Leong Hup

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Hong Leong Invest Bank (HLIB) Research menurunkan unjuran keuntungan bersih teras tahun kewangan 2021 hingga 2023 (TK21-TK23) Leong Hup International Bhd (LHI) kepada masing-masing sebanyak 19.4%, 11.5% dan 9.5%, dengan mengambil kira andaian kos makanan yang lebih tinggi.

 

Ia berkata, Keuntungan bersih teras untuk tempoh 9 bulan pertama tahun ini sebanyak RM53.5 juta berada di bawah jangkaan, menyumbang hanya 27.7-42.4% daripada konsensus dan anggaran setahun penuh yang dibuat disebabkan harga makanan ternakan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada segmen ternakan.

 

"Berikutan pelarasan menurun dalam ramalan keuntungan bersih teras kami, kami menurunkan harga sasaran kami pada LHI sebanyak 14.1% kepada RM0.67 sesaham.

 

"Kami bagaimanapun mengekalkan saranan BELI kami pada LHI, kerana kami melihat LHI sebagai proksi kepada pembukaan semula ekonomi di rantau Asia Tenggara memandangkan pendedahannya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina. 

 

"Dalam jangka panjang, kami percaya penarafan semula selanjutnya adalah wajar, sekiranya LHI berjaya mereplikasi saluran perniagaan ke pengguna (B2C)  di luar operasi Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya,  walaupun telah menjangkakan suku ketiga yang lebih lemah berdasarkan permintaan yang berkuranganuntuk produk ternakan akibat penutupan di kebanyakan negara yang beroperasi dan lonjakan harga makanan, hasilnya ternyata jauh lebih merosot daripada yang dijangkakan sebelum ini.

 

"Hasil kumpulan hanya menyumbang 42.4% daripada anggaran tahun penuh kami, disebabkan oleh harga makanan makanan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada segmen ternakan," katanya.

 

LHI menawarkan penyelesaian pembiakan, pengeluaran telur, ayam daging dan makanan ternakan, serta mengeluarkan produk ayam di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.  -DagangNews.com