KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hong Leong IB (HLIB) Research telah menurunkan taraf Sentral REIT kepada 'tahan' pada harga RM1.01 dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah sebanyak 91 sen (daripada 99 sen).
Menurut HLIB, penilaian itu berdasarkan prestasi Sentral REIT yang merekodkan penurunan untung bersih sebanyak -9.4% bagi 2QFY22 keuntungan kepada RM18.5 juta (-2.3% y-o-y) dan keuntungan bersih teras 1HFY22 sebanyak RM38.8 juta (-2% y-o-y).
Dalam nota penyelidikannya, firma penyelidikan itu berkata ia menganggap keputusan kewangan tersebut di bawah jangkaan walaupun menyumbang 45%-48% daripada anggaran rumah dan konsensus, kerana ia mengunjurkan suku tahun yang lebih lemah disebabkan penyewa tidak memperbaharui sewaan mereka di dua hartanah Sentral REIT.
“Penurunan kecil dalam prestasi 1HFY22 adalah disebabkan oleh pendapatan sewa lebih rendah yang dijana daripada: i) Bangunan Quill 2 – HSBC; ii) Wisma Technip; iii) Bangunan Quill 3 – BMW dan; iv) Menara Shell, apabila kadar penghunian berkurangan.
“Kami mengurangkan unjuran pendapatan kami sebanyak 8.9%/8.5%/5.2%, sambil kami menurunkan andaian kadar penghunian kami, memandangkan prospek yang mencabar.
"Kami menyemak semula TP kami kepada RM0.91 (daripada 99 sen) dan menurunkan taraf kepada 'tahan' (daripada 'beli')," katanya.
Kenaikan harga saham baru-baru ini telah menjejaskan potensi menaik untuk Sentral REIT. Ini ditambah pula dengan pelarasan pendapatan memandangkan kadar penghunian yang menurun dan penambahan penyewaan yang lemah.
"Walau bagaimanapun, kami percaya kelemahan disokong untuk Sentral REIT disebabkan oleh hasil dividen yang menarik pada sekitar 7% dan hartanah pejabat utama di lokasi strategik," kata HLIB. - DagangNews.com