HLIB yakin permintaan produk Evergreen Fibreboard terus meningkat bagi pasaran tempatan | DagangNews Skip to main content

HLIB yakin permintaan produk Evergreen Fibreboard terus meningkat bagi pasaran tempatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - Hong Leong Investment Bank Berhad percaya permintaan terhadap produk keluaran Evergreen Fibreboard akan terus meningkat daripada pembuat perabot Malaysia akibat pergeseran perdagangan di antara Amerika Syarikat-China.

 

Firma itu berkata, pertelingkahan di antara dua kuasa besar itu membuatkan ramai pembuat perabot beralih arah untuk mendapatkan bahan seperti papan gentian berketumpatan sederhana (MDF), papan partikel (PB) dan perabot sedia untuk dipasang (RTA).

 

Katanya, trend bekerja daripada rumah (WFH) membuatkan permintaan perabot rumah pejabat di AS semakin meningkat sama seperti di Malaysia dengan ramai pihak lebih menggemari cara bekerja sedemikian akibat fleksibiliti, menjimatkan masa dan wang selain keseimbangan antara pekerjaan serta kehidupan.

 

"Pembelian perabot secara dalam talian juga membuatkan permintaan barangan RTA semakin meningkat keraja ia lebih muda  dan murah untuk dihantar.

 

"Perabot ringan dan RTA kebiasaanya diperbuat daripada MDF atau PB dan ia secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap semua produk," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Evergreen menikmati kelebihan di Malaysia apabila boleh membekalkan MDF dan PB pada skala besar kepada pembuat perabot mereka di Muar.

 

Jarak kilang yang dekat di Muar meningkatkan persaingan berbanding kilang mereka di Thailand selepas berlakunya peningkatan kos pengangkutan yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak mentah.

 

"Permintaan untuk MDF dan PB untuk pasaran tempatan terus meningkat dengan pengeluar perabot sedang meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi pesanan tertunggak terutama daripada pasaran AS.

 

"Kombinasi penghalang semula jadi kepada papan import meningkatkan kos logistik dan membuatkan permintaan terus meningkat daripada pembuat perabot dalam usaha menyokong mereka daripada peningkatan kemerosotan harga jualan (ASP)," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' untuk saham Evergreen Fibreboard dengan sasaran harga (TP) tidak berubah RM0.94 sen selepas menunjukkan peningkatan pendapatan pada 4QFY21 dan berjaya menarik minat pelabur untuk membeli. - DagangNews.com