Imran Yassin, Ketua MIDF Research baharu | DagangNews Skip to main content

Imran Yassin, Ketua MIDF Research baharu

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Ogos - MIDF Amanah Investment Bank Berhad (MIDF Investment Bank) telah melantik Imran Yassin Md. Yusof sebagai Ketua MIDF Research secara rasmi berkuat kuasa 7 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Investment Bank, Datuk Dominic Silva berkata, Imran Yassin telah memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan MIDF Research sejak lebih 10 tahun.

“Kami yakin bahawa beliau akan mampu untuk menerajui MIDF Research ke tahap yang lebih tinggi. 

 

Dominic
Dominic Silva

 

“Pelantikan ini adalah pengiktirafan yang wajar terhadap kemampuannya,” kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Imran Yassin sebelum ini merupakan Penganalisis Kanan di MIDF Research.

Beliau mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam pelbagai bidang seperti perbankan pelaburan, perundingan, kerajaan dan korporat.

Imran Yassin menerima ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Matematik dengan pengkhususan Kewangan dan Ekonomi dari City University of London. - DagangNews.com