Industri rokok terus mencabar selagi harga tinggi | DagangNews Skip to main content

Industri rokok terus mencabar selagi harga tinggi

Industri rokok

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 10 Mac. - Industri rokok sah di bawah seliaan British American Tobacco (BAT) dijangka terus berdepan dengan cabaran dalam pertumbuhan jumlah apabila jumlah rokok haram adalah lebih tinggi sebanyak 64% pada akhir suku keempat 2020.

 

Maybank IB Research berkata, kewujudan rokok haram hanya dapat dikurangkan apabila harga jualan rokok sah dapat dikurangkan.

 

"Peraturan penghantaran yang lebih ketat dapat meningkatkan jumlah rokok yang sah.

 

"Tetapi kami percaya penurunan yang ketara bagi rokok haram hanya akan berlaku apabila jurang harga rokok sah dan haram dikurangkan dengan ketara," jelas Maybank IB Research.

 

Dalam nota kajian sama, Maybank IB Research memberitahu, BAT kini berdepan dengan tekanan dalam mencapai prinsip 'Environmental, Social and Governance' (ESG).

 

Bagaimanapun, kepatuhan BAT terhadap ESG perlu lebih kuat secara berperingkat dalam mempelbagaikan produk yang tidak mudah terbakar.

 

Dalam pada itu, kadar pelepasan emisi karbon BAT juga adalah rendah.

 

Syarikat berkenaan turut menutup kilang pembuatan terbesar pada 2017 susulan perniagaan yang kurang stabil.

 

Meskipun 1% produk masih dikeluarkan di kilang Johor Bahru, syarikat berkenaan 99% produk daripada rakan perniagaan BAT lain.

 

Bagaimanapun, BAT komited untuk mengurangkan kesan persekitaran dan telah mengurangkan penggunaan tenaga dan air di pejabat serta gudang masing-masing sebanyak 5% dan 7% pada 2019.

 

Maybank IB Research mengekalkan saranan 'pegang' saham BAT dengan harga sasaran sesaham (TP) yang tidak berubah pada RM12.60. - DagangNews.com