Inisiatif Pemerkasa Plus langkah tepat bantu usahawan - MEDAC | DagangNews Skip to main content

Inisiatif Pemerkasa Plus langkah tepat bantu usahawan - MEDAC

Pemerkasa Plus

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 1 Jun - Inisiatif terbaharu kerajaan, Pemerkasa Plus merupakan langkah tepat untuk  membantu usahawan termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyambut baik program tersebut berkata berkata, ia bagi mengekalkan daya tahan perniagaan dalam tempoh yang mencabar sepanjang 'lockdown' yang dilaksanakan bermula 1 Jun 2021.

 

“MEDAC menyokong penuh pemberian insentif yang akan memanfaatkan usahawan, termasuk bantuan geran dan pembiayaan berjumlah RM11.5 bilion.," jelas beliau.

 

PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada tahun 2020 memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

 

Secara tidak langsung, golongan berkenaan menyumbang kepada hampir separuh daripada guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang.


 

Berikut antara manfaat yang akan diterima golongan usahawan melalui insiatif Pemerkasa Plus; 

  1. Bantuan Pinjaman Bank Bersasar bagi perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  2. Program MARA Prihatin – Diskaun 30% sewaan premis.
  3. Program Subsidi Upah – RM1.5 bilion.
  4. Geran Khas Prihatin – RM1.5 bilion.
  5. Pembiayaan Mikro Kredit di bawah BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM – RM1.5 bilion.
  6. Fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar – RM7 bilion.

 

Tambah beliau, pihak MEDAC komited dan bersedia dalam memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang diumumkan tersebut dapat sampai kepada golongan usahawan yang terkesan.

 

“Selain PMKS, golongan usahawan informal juga antara yang terjejas teruk kerana mereka ini tidak mempunyai simpanan dan aliran tunai yang mencukupi. 

 

"Penemuan ini adalah berdasarkan analisa kaji selidik yang dilaksanakan oleh MEDAC ke atas usahawan pelbagai kategori," ujarnya. - DagangNews.com