IPO DC Healthcare Holdings catat lebihan langganan sebanyak 59.46 kali | DagangNews Skip to main content

IPO DC Healthcare Holdings catat lebihan langganan sebanyak 59.46 kali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Julai - DC Healthcare Holdings Berhad telah meraih minat besar pelabur untuk tawaran awam permulaannya (IPO), yang telah terlebih langgan sebanyak 59.46 kali lebih awal daripada penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

IPO DC Healthcare melibatkan terbitan 199.26 juta saham biasa (saham IPO) yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 49.81 juta saham baharu dan tawaran untuk jualann 99.63 juta saham sedia ada.

 

Sebanyak 17,614 permohonan untuk 3,011,662,400 Saham IPO dengan nilai RM752,915,600 telah diterima daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 59.46 kali. 

 

Daripada jumlah ini, sejumlah 7,509 permohonan untuk 1,052,785,400 Saham IPO telah diterima untuk bahagian Bumiputera, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 41.27 kali.

 

Bagi bahagian awam Malaysia yang selebihnya, sejumlah 10,105 permohonan untuk 1,958,877,000 Saham IPO telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 77.65 kali.

 

dc
Dr. Chong Tze Sheng

 

Sejumlah 29.89 juta Saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

 

Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng berkata, permintaan untuk perkhidmatan perubatan estetik semakin meningkat, menarik kepada pelbagai peringkat umur dan jantina. 

 

"Kejayaan IPO kami juga akan memastikan rancangan untuk mengembangkan rangkaian klinik kami akan dipercepatkan," katanya.

 

DC Healthcare akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 17 Julai 2023.

 

Tricor Investor & Issuing House Services Sdn. Bhd. ialah penerbit dan M&A Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO. - DagangNews.com