Iskandar Mizal letak jawatan Pengarah Urusan Media Prima | DagangNews Skip to main content

Iskandar Mizal letak jawatan Pengarah Urusan Media Prima

Iskandar Mizal Mahmood
 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 19 Mei - Media Prima Berhad mengumumkan Datuk Iskandar Mizal Mahmood telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah di kumpulan itu berkuatkuasa 18 Mei 2021. 

 

Sementara itu, tempoh tugasnya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan bakal berakhir pada penghujung 30 September 2021 dan beliau telah mula bercuti sejak semalam.

 

Menerusi satu kenyataan oleh Media Prima, peletakan jawatan itu susulan Iskandar Mizal akan memberi tumpuan terhadap komitmen beliau. 

 

“Iskandar mula menyertai kumpulan sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada 1 Oktober 2019 dan Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 April 2020. Beliau memainkan peranan penting dalam memacu usaha transformasi kumpulan yang memberi tumpuan untuk mempertahankan hasil dan menambah baik kecekapan aliran kerja. 

 

“Raziq Razali, Pengarah Eksekutif Kumpulan akan menerajui operasi kumpulan sehingga pengumuman kelak. 

 

“Kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Iskandar atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau kepada kumpulan,” jelas Media Prima. 

 

Dalam masa sama, kumpulan itu turut meminta untuk memberi sokongan terhadap Rafiq yang akan memacu Media Prima ke fasa pertumbuhan seterusnya. 

 

Setakat ditutup semalam, harga saham Media Prima berada pada kadar 0.595 sen. - DagangNews.com