Israk, Muafakat bekerjasama beri komitmen penuh tingkatkan sektor pendidikan Malaysia | DagangNews Skip to main content

Israk, Muafakat bekerjasama beri komitmen penuh tingkatkan sektor pendidikan Malaysia

Ruang interaktif Israk memaparkan papan pintar pada Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023, baru-baru ini
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Okt - Penyedia teknologi, Israk bekerjasama dengan Muafakat bagi penganjuran Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023, baru-baru ini untuk menghargai sokongan padu ahli-ahli Muafakat negeri dan mantan terdahulu dalam melaksanakan aktiviti pembangunan, pegumpulan dana, dan sokongan terhadap maktab masing-masing. 

 

Pengarah Urusan Israk, Najib Habeb berkata, pihaknya gembira berkerjasama dengan Muafakat dalam penganjuran acara tersebut.

 

"Komitmen Israk terhadap pendidikan adalah kukuh, dan kerjasama ini adalah bukti keazaman kami untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang meningkatkan pengalaman pembelajaran," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Mengenai kerjasama Israk dalam bidang pendidikan, pihaknya memberikan sokongan terhadap Muafakat melalui kerjasama dengan menyediakan platform dan alat teknologi kepada Muafakat. 

 

Sumbangan ini mencerminkan komitmen teguh Israk terhadap kecemerlangan pendidikan.  

 

Untuk meningkatkan impak lagi acara tersebut, Israk menyediakan papan pintar terkini dan kamera media sosial interaktif untuk digunakan pada acara tersebut. 

 

Penggunaan teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan atmosfer pembelajaran dan mempersembahkan kemungkinan alat pembelajaran moden dan media interaktif dalam proses pendidikan.

 

 

israk

 

 

Daripada sudut kepentingan Muafakat mengakui kepentingan memupuk kerjasama dan inovasi dalam bidang pendidikan. Mereka bermurah hati menyediakan ruang mengetengahkan Israk semasa acara tersebut.

 

Ruang ini akan berfungsi sebagai pusat untuk mempamerkan rumusan inovatif Israk dan berinteraksi dengan para hadirin pada malam itu.

 

Selain itu, peranan Israk sebagai pembekal eksklusif papan pintar adalah bukti kepercayaan Muafakat terhadap rumusan teknologi canggih Israk. 

 

 

israk

 

 

Kerjasama ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pendidik dan pelajar dengan alat pendidikan terkini, memastikan masa depan yang lebih cerah bagi sistem pendidikan Malaysia.

 

Ia membuktikan Israk dan Muafakat mempunyai komitmen yang tinggi dan kuat terhadap menaik tarafkan pendidikan Malaysia. - DagangNews.com