Jabatan Bomba sedia mee goreng 50 sen di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

Jabatan Bomba sedia mee goreng 50 sen di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

SHAH ALAM 19 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor membuat kejutan dengan menyediakan mee goreng kepada para pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Shah Alam pada harga serendah 50 sen menerusi fire kitchen.

 

Penolong Kanan Penguasa Bomba Selangor, Shaharil Mohamad Hassan berkata, matlamat utama jabatan itu adalah lebih kepada memperkenalkan orang ramai kepada fire kitchen yang digunakan mereka semasa operasi panjang.

 

Katanya, fire kitchen kebiasaannya digunakan oleh mereka semasa operasi panjang seperti kebakaran hutan, bencana alam dan sebagainya.

 

Beliau berkata, pihaknya ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka memilii aset seperti itu yang sentiasa bersedia untuk digerakkan apabila diperlukan.

 

"Penyediaan mee goreng berharga 50 sen ini adalah sekadar simbolik sahaja kepada orang ramai bukan kata kami nak mencari untung dengan berniaga seperti ini.

 

"Matlamat utama kami adalah untuk bagitahu kepada orang ramai bahawa kami ada kemudahan dapur yang dikenali sebagai fire kitchen untuk menyediakan makanan kepada anggota kami semasa operasi panjang," katanya kepada DagangNews.com hari ini.

 

bomba
Shaharil Mohamad Hassan

 

Selain fire kitchen, pelbagai aset lain seperti kelengkapan pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) turut dipamerkan kepada orang ramai.

 

bomba

 

boma

 

bomba

 


Selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, pelbagai agensi kerajaan turut mengadakan pameran kepada orang ramai bagi menghebahkan perkhidmatan yang disediakan kepada para pengunjung Jelajah AKM. - DagangNews.com